suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bateri kunci kawalan jauh kereta cepat habis walau hanya disimpan? Rupanya boleh aktifkan mod jimat kuasa

Bateri kunci kereta jenis keyless mudah kehabisan kuasa walaupun tidak digunakan.

KENDERAAN yang dijual masa kini didatangi dengan dua unit kunci kawalan jauh atau keyless entry iaitu kunci utama dan gantian.

Kebiasaannya kunci gantian akan diletakkan dalam simpanan pemilik untuk tempoh masa yang lama dan hanya digunakan dalam situasi tertentu sahaja.

Meskipun tidak digunakan, namun kunci gantian yang juga jenis alat kawalan jauh cenderung untuk kehabisan tenaga.

Oleh itu, bagi mengelakkan bateri alat itu drain dalam simpanan, cubalah aktifkan power saving mode menggunakan cara yang dikongsikan Wan Abdullah di laman Facebook.

Kaedah ini sesuai digunakan untuk kunci kenderaan jenis keyless entry.

Cara aktifkan:

1. Tekan butang lock dan hold beberapa saat.

2. Kemudian tekan butang unlock dua kali.

3. Pastikan lampu led berwarna merah berkelip sebanyak empat kali.

Tip: Dalam mod ini, alat kawalan tidak akan transmit signal seterusnya meminimumkan penggunaan kuasa bateri.

Jika ingin aktifkannya semula, anda hanya perlu menekan mana-mana butang pada alat kawalan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain