suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ini cara paling mudah nak tanam pokok kesum, guna batang je... Dijamin ‘anti gagal’, daun pula lebat merimbun

Kaedah tanaman guna batang kesum lebih mudah.

DAUN kesum merupakan tumbuhan yang popular di dapur rumah kerana sering digunakan dalam masakan.

Ada juga yang gemar menjadikannya sebagai ulam-ulaman disebabkan rasa manis dan masam di samping aroma yang harum untuk membuka selera.

Bagi yang gemar menikmati tumbuhan herba ini, anda boleh menanam sendiri di belakang rumah tanpa menggunakan biji benih.

Ikuti langkah yang dikongsikan Armada Umiey di grup Facebook Kebun Tepi Rumah, 98 peratus cubaan pertama anda pasti berjaya.

Kesum yang sudah berakar boleh dicucuk terus ke dalam bekas.

Kesum yang sudah berakar boleh dicucuk terus ke dalam bekas.

Langkah-langkah:

1. Ambil batang kesum dan buang semua daun kecuali pucuk.

2. Rendam dalam air selama seminggu dan letakkan di tempat yang redup. Pastikan air sentiasa ditukar ganti.

3. Apabila akar sudah keluar, tanam dalam bekas yang bersesuaian. Boleh saja disusun rapat

4. Jika anda menggunakan besen, pastikan lubang ditebuk di keliling besen dan penuhkan tanah sehingga paras lubang tersebut bagi mengelakkan air bertakung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain