suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak kasut ada kesan kuning selepas dicuci... Ambil tisu tandas, ikuti langkah mudah ini!

Ada tip untuk mengelakkan kasut menjadi kuning selepas dicuci. Foto kanan asiaone.com

ADA kalanya kasut yang sudah dibasuh akan mempunyai kesan kuning selepas dikeringkan, lebih jelas sekiranya ia berwarna putih.

Kesan kuning pada kasut itu akan berkekalan walaupun sudah dibasuh buat kali kedua.

Sebenarnya kesan kuning tersebut adalah saki-baki kotoran yang tertinggal di permukaan kasut ketika proses pengeringan.

Jangan risau, ada teknik yang boleh diamalkan bagi mengelakkan daripada timbulnya kesan kuning ini. Ayuh kita lihat!

Bahan-bahan:

1) Tisu dapur

Langkah-langkah:

1) Sediakan tisu dapur atau tisu tandas.

2) Selepas mencuci bersih kasut, balut keseluruhan kasut yang masih basah menggunakan tisu tadi. Sekiranya menggunakan tisu tandas, buat dua lapisan. Biarkan tisu melekat pada kasut basah tersebut.

3) Kemudian boleh jemur kasut untuk mengeringkannya.

4) Selepas kasut kering, angkat tisu dan anda akan dapati kotoran kuning tersebut melekat pada tisu dan bukannya pada kasut. Selamat kasut anda!

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain