suria

Pasang angan-angan nak mula bisnes? Ini 5 alasan anda hanya perlu sewa pejabat maya, memang jimat

Ruang bisnes yang selesa dapat membantu meyakinkan klien.

PERNIAGAAN merupakan pilihan utama kebanyakan masyarakat masa kini.

Justeru ada yang sanggup membuat pinjaman kewangan daripada institusi perbankan bagi mendapatkan modal untuk memulakan bisnes impian.

Bagi anda yang berhasrat membina empayar sendiri sempena tahun baharu 2024, apa kata bermula dengan kaedah virtual office terlebih dahulu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UNITI dan Pengarah Korporat, UNITI Office, Sdn. Bhd di bawah UNITI Asia Group of Companies, Dr Syed Omar Syed Agil, dengan menggunakan virtual office, bukan sahaja modal perniagaan lebih kecil malah para usahawan dapat membina rangkaian terbaik.

Ini lima manfaat penggunaannya pada usahawan baru.

Pelbagai manfaat diperolehi daripada virtual office

Pelbagai manfaat diperolehi daripada virtual office

1. Harga sewaan yang murah

Premis merupakan perkara utama yang perlu diambil kira apabila memulakan perniagaan.

Ramai yang terpaksa berbelanja ribuan ringgit setiap bulan bagi menampung kos sewaan sehingga ada yang terbeban kerana melebihi keuntungan yang diperoleh.

Oleh itu dengan virtual office, anda hanya perlu membayar RM150 sebulan sahaja.

Malah pelbagai manfaat diperoleh termasuk servis khidmat pelanggan dan mendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mahupun Kementerian Kewangan (MOF) menggunakan alamat yang sama.

Usahawan boleh menyewa bilik mengikut bajet yang dimiliki

Usahawan boleh menyewa bilik mengikut bajet yang dimiliki.

2. Lokasi yang menarik

Menggunakan alamat pejabat yang berprestij di Kuala Lumpur pastinya dapat memberi keyakinan dan menarik perhatian klien serta bakal klien.

Bukan itu sahaja, para usahawan juga akan mempunyai nombor telefon pejabat dan faksimili yang pastinya memudahkan urusan.

Paling penting, anda tidak perlu runsing mengenai bil elektrik dan air, manakala jalur lebar adalah percuma.

Bilik mesyuarat yang disediakan untuk para usahawan

Bilik mesyuarat yang disediakan untuk para usahawan.

3. Business lounge

Meskipun hanya menyewa ruangan pejabat, anda boleh menggunakan business lounge pada bila-bila masa pada waktu pejabat tanpa bayaran.

Jika bisnes masih kecil dan baru bermula, anda tidak perlu mempunyai staf kerana receptionist yang ada akan membantu menjawab dan menghubungkan panggilan.

4. Bilik mesyuarat

Jika anda ingin mengadakan mesyuarat bersama klien atau rakan niaga, boleh sahaja menyewa ruangan bilik mesyuarat pada kadar RM25 sejam.

Bilik seminar yang serba lengkap pula pada kadar RM215 sehari (8 jam).

Selain itu, penggunaan LED skrin di Bangunan Menara Arina UNITI diberikan secara percuma selama tiga bulan.

Usahawan terlibat boleh membina rangkaian menerusi kursus yang disertai

Usahawan terlibat boleh membina rangkaian menerusi kursus yang disertai

5. Rangkaian perniagaan berterusan

Berada di bawah satu bumbung membolehkan para usahawan bertukar-tukar pandangan dan idea.

Ia sekali gus membantu meningkatkan jualan.

Pada masa sama anda akan mendapat kerjasama Kelab Usahawan UNITI Asia seterusnya berpeluang mengeksport produk ke ASEAN MALL, Patani, Thailand.

Para usahawan terlibat juga boleh menyertai pameran, seminar, bengkel dan program-program lain anjuran usahawan di bawah virtual office untuk jual dan promosi produk termasuk mengadakan kerjasama perniagaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain