suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nikmatnya makan sambal petai, tapi malu bau menyengat... Ini cara kembalikan nafas segar, tandas pun tak busuk

Petai mempunyai rasa yang unik dan sedap dimasak sambal.

PETAI adalah sejenis ulaman hutan yang kaya dengan kandungan nutrisi baik untuk pemakannya.

Selain dijadikan ulam, petai juga biasanya dimasukkan ke dalam masakan seperti sambal udang atau bilis.

Namun petai mempunyai bau yang kurang menyenangkan kerana kandungan asid amino dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur.

Kandungan asid amino tersebut menjadikan biji petai menghasilkan bau yang menyengat dan tidak enak.

Sambal udang biasanya lebih sedap jika dimasak bersama petai.

Namun jangan risau, terdapat enam kaedah dikongsikan Syazlin Mansor bagi menghilangkan bau petai:

1. Makan 10 biji beras mentah selepas makan makanan berbau.

2. Kunyah terung mentah dengan anggaran sebesar ibu jari.

3. Kunyah timun.

4. Kunyah gula-gula getah.

5. Berus gigi selepas menggunakan dental floss dan kumur menggunakan ubat kumur.

6. Makan pil pelawas untuk mudah membuang air besar bagi mempercepatkan proses penghadaman.

Kumur menggunakan ubat kumur boleh mengurangkan bau petai dalam mulut.

Sementara itu bagi anda yang ingin menghilangkan bau petai dalam proses perkumuhan (buang air besar dan kecil pula) boleh mencuba cara lain selain petua diajarkan di atas.

Sebelum dan selepas makan petai, minum tiga hingga empat teguk susu segar (susu lembu, unta atau kambing)

Selain itu, meminum air kopi o (kosong) juga boleh mengurangkan bau petai pada najis dan air kencing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain