suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu pengukus, ini cara ekspres masak pulut... Guna periuk nasi je, semudah ABC!

Wanita kongsi kaedah lebih mudah masak pulut tanpa perlu kukus.

RAMAI yang suka makan pulut, tapi tak ramai rajin memasaknnya dengan alasan tidak mempunyai pengukus di rumah.

Namun tahukah anda sebenarnya ada cara lebih mudah untuk masak pulut menggunakan kaedah seperti tanak nasi biasa.

Teknik masak pulut menggunakan periuk nasi ini dikongsikan Siti Asrien Mohd Hassan dalam satu hantaran dibuat di Facebook.

Langkah-langkah:

1. Basuh beras sebanyak tiga atau empat kali bersama sedikit garam bertujuan untuk mendapatkan pulut yang berkilat.

2. Sukat air menggunakan jari telunjuk (rujuk foto).

Takat sukatan air yang perlu digunakan untuk memasak pulut.

3. Lapik penutup periuk menggunakan tuala atau kain kecil dengan kedap supaya wap panas terperangkap.

4. Masak pulut seperti biasa dengan menekan butang cook pada periuk nasi.

5. Selepas pulut selesai dimasak, biarkan periuk nasi dalam mood warm.

6. Jangan buka penutup dan biarkan pulut masak menggunakan wap selama lima minit.

Pulut yang dimasak kelihatan cantik berkilat.

Menurut Siti Asrien Mohd Hassan, sudah empat tahun dia menggunakan kaedah ini setiap kali memasak pulut.

Malah, kaedah sama boleh dilakukan untuk masak tapai tanpa perlu kukus terlebih dahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain