suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Azab’ digigit lipan sukar diungkap! Jangan panik, guna cara ini untuk bantu kurang rasa sakit

Bisa dari sengatan lipan dapat dikurangkan dengan menggunakan cara ini.

MALANG tidak berbau!

Disengat binatang berbisa boleh berlaku pada bila-bila masa berserta kesakitan yang sukar diungkapkan.

Bayangkan anda hendak memakai kasut dan tanpa disedari ada lipan bara yang sedang 'berteduh' di dalamnya, sudah tentulah kena sengat.

Jika anda terjebak dalam situasi cemas sebegitu, apa yang harus dilakukan?

BIsa dari sengatan lipan akan meninggalkan rasa sakit yang tidak terperi.

Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Zekdi Wandy berkongsikan tip untuk membantu melegakan rasa sakit berdenyut akibat disengat lipan.

Ayuh kita lihat caranya!

Cara untuk melegakan rasa sakit disengat lipan.

Air suam

Menurut Zekdi Wandy, pertama ambil air suam yang bersuhu antara 35 hingga 40 darjah Celcius, letakkan ke dalam satu bekas.

Rendam bahagian yang disengat lipan, misalnya kaki ke dalam air suam tersebut selama 30 minit.

Air panas dapat membantu memperlahankan reaksi agresif daripada bahan kimia yang terkandung dalam bisa sengatan lipan bara tersebut.

Selepas rasa sakit mula surut sedikit, terus dapatkan rawatan dari klinik berdekatan kerana berkemungkinan ada komplikasi alahan dari bisa tersebut. - Zekdi Wandy

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain