suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Black out tengah malam, lilin tak ada! Rupanya boleh buat sendiri guna 4 bahan ringkas, tahan berhari-hari

Lilin DIY ini hanya menggunakan lima bahan sahaja.

LILIN merupakan barang pertama yang akan dicari apabila bekalan elektrik terputus di kediaman kita.

Selain yang dibeli di kedai, anda sebenarnya boleh menghasilkan lilin sendiri.

Menerusi perkongsian Anisah Connie di Facebook, kaedah untuk membuat lilin DIY (do it yourself) hanya memerlukan lima bahan sahaja.

"Tip jika bila lampu mati atau tiada elektrik. Buat lilin sendiri, tahan lama berhari-hari," ujarnya.

Bahan-bahan:

1. Gelas

2. Air

3. Minyak goreng

4. Putik kapas

5. Batu atau manik

Cara-cara:

1. Isi dasar gelas dengan batu-batu atau manik.

2. Kemudian letakkan (tegak) satu putik kapas di bahagian tengah.

3. Kemudian isi air kira-kira setengah gelas.

4. Setelah itu, isi minyak goreng di atas lapisan air sehingga mencecah ke hujung putik kapas.

5. Nyalakan api dan ia sedia untuk digunakan seperti lilin biasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain