suria

Boleh kongsi skrin sambil buat panggilan video... tapi awas WhatsApp ada akses kepada kata laluan, transaksi bank

WhatsApp sedang menguji fungsi perkongsian skrin ketika panggilan video.

APLIKASI WhatsApp sedang menguji ciri baharu untuk membolehkan pengguna berkongsi skrin mereka semasa panggilan video.

Menurut laman web WABetaInfo, ciri itu tersedia kepada sesetengah pengguna WhatsApp versi beta untuk Android melalui kemas kini 2.23.11.19.

Pengguna akan dapat mengakses ciri ini melalui ikon baharu pada tab panggilan video.

Selepas mekenan ikon berkenaan, pengguna akan menerima pesanan 'Start recording or casting with WhatsApp?'.

Namun diingatkan bahawa WhatsApp akan mempunyai akses kepada mana-mana kandungan yang dipaparkan pada skrin atau peranti mereka, termasuk maklumat seperti kata laluan, butiran pembayaran, foto, mesej dan audio.

Perkongsian skrin mungkin merupakan satu ciri berguna untuk pengguna yang ingin berkongsi pembentangan atau menunjukkan proses perisian kepada penerima panggilan melalui peranti mereka.

Pengguna juga akan mempunyai kawalan penuh ke atas ciri tersebut kerana mereka boleh menghentikan proses perkongsian skrin pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, WABetaInfo melaporkan ciri itu mungkin tidak tersedia untuk panggilan video kumpulan yang besar.

Pengguna pada peranti Android boleh mendaftar untuk menjadi penguji bagi versi beta atau WhatsApp yang belum dikeluarkan melalui pautan ini. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain