suria

Mata pisau blender yang tumpul boleh tajam semula... petua guna garam kasar, ais memang berkesan

Petua menggunakan garam kasar dikatakan boleh menajamkan semula bilah pengisar anda.

PENGISAR atau blender merupakan perkakas wajib ada sekiranya anda seorang yang gemar memasak.

Selepas bertahun digunakan, sudah tentu bilah pengisarnya juga akan bertukar tumpul.

Sebelum menggantikannya dengan produk keluaran terbaharu, apa kata cuba tiga petua ini untuk menajamkan bilah pengisar anda.

1. Garam kasar

Anda boleh menggunakan garam kasar untuk tajamkan semula mata pisau blender yang tumpul.

322485424_1940105439670648_7023695755777635531_n

Cuba petua mudah yang dikongsi sebelum anda membeli pengisar baharu.

Caranya senang sahaja, ambil segenggam atau secawan garam kasar dan masukkan ke dalam blender.

Kemudian, tekan butang kisar dan biarkan ia mengisar kering garam kasar tadi.

Ulang beberapa kali sehingga mata blender terasa lebih tajam.

2. Ais ketul

Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul.

Elok guna air batu yang kita buat sendiri kerana ia lebih keras.

Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender.

file7hz9nfmtn0ipagnb1jm

Pengisar membantu mempercepatkan lagi proses penyediaan bahan masakan.

Kemudian kisarkan macam kita nak buat minuman ice blended.

Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.

3. Beras

Tak kisah jenis apa, ambil segenggam atau secawan beras dan kisar kasar selama beberapa minit.

Lepas tu, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam produk yang baru dibeli!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain