suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Risau si bulus jilat krim sapu, jom DIY hilangkan kurap... mudah, cuma perlukan 2 bahan

Campuran kunyit dan minyak kelapa boleh menghilangkan penyakit kurap si bulus. Foto: Freepik/Facebook Suhaili Baharudin

KALAU sudah namanya haiwan kesayangan, sudah pasti kita sanggup melakukan apa sahaja untuknya seperti anak sendiri.

Begitu jugalah kalau ia dijangkiti penyakit, seboleh mungkin kita mahu mencari penawar agar lekas sembuh.

Bagi mereka yang memiliki kucing, semestinya menyedari bahawa si bulus mudah dijangkiti penyakit seperti kurap atau fungus.

Kebiasaannya jika ke klinik veterinar, doktor akan memberi ubat sapu untuk mengubati penyakit berkenaan.

Namun si bulus lazimnya cenderung untuk menjilat ubat berkenaan dan ini boleh mengundang bahaya kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan nak balik kampung, kucing tinggal di rumah! Pastikan buat 3 perkara ini... si bulus selesa, anda tenang beraya

Jadi pilihan yang lebih selamat, apa kata anda cuba membuat ramuan sendiri untuk mengubati kurap pada si bulus, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Suhaili Baharudin.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Kunyit hidup

2) Minyak kelapa atau minyak kelapa dara

minyak

Dua bahan utama untuk membuat remedi kurap kucing. Foto: Facebook Suhaili Baharudin

Cara membuatnya:

1) Basuh kunyit hidup bersih-bersih, hiris nipis dan keringkan dengan tisu

2) Masukkan hirisan kunyit dalam botol kosong

3) Tuangkan minyak kelapa ke dalam botol, sukatan hanya agak-agak sahaja

4) Tutup botol dengan kemas dan biarkan selama dua minggu

5) Sedia untuk digunakan. Sapukan pada luka si bulus anda

Kunyit dan minyak kelapa sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk merawat penyakit kulit ringan.

Kajian mendapati kunyit bersifat antibakteria dan antikulat terhadap kulat dermatophyte iaitu kulat yang menyebabkan kurap.

Sementara itu, minyak kelapa sering digunakan untuk melembapkan kulit dan mencegah jangkitan kulat.

Kini anda tak perlu risau lagi sekiranya si bulus dijangkiti kurap. Cuba tip mudah ini, selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain