suria

Tuan nak balik kampung, kucing tinggal di rumah! Pastikan buat 3 perkara ini... si bulus selesa, anda tenang beraya

Sediakan pasir dan makanan yang mencukupi sebelum meninggalkan si bulus anda untuk bercuti. Gambar hiasan

PASTI ramai di antara kita yang akan bercuti lama sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam keseronokan mahu pulang beraya bersama sanak saudara di kampung, semestinya timbul perasaan resah apabila terpaksa meninggalkan kucing peliharaan di rumah untuk jangka masa lama.

Tidak menjadi masalah sekiranya anda meninggalkan kucing di 'pet hotel' atau meminta pertolongan ahli keluarga, jiran mahupun rakan untuk menjaga si bulus buat sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Azan Maghrib berkumandang, doktor masih cuba selamatkan ‘pesakit bukan manusia’ - “Ini sumbangan saya kepada makhluk Allah”

Jadi, bagaimana caranya jika anda terpaksa meninggalkan haiwan ini tanpa dipantau sesiapa?

Usah risau, cuba tip yang dikongsikan oleh Pegawai Veterinar Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nor Alimah Rahman.

doc cat

Pegawai Veterinar Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nor Alimah Rahman.

Bahan asas yang perlu disediakan oleh pemilik si bulus adalah

1. Air bersih yang mencukupi untuk minuman

2. Makanan yang mencukupi

- Perhatikan dan kira berapa banyak makanan yang dimakan oleh si bulus. Sebagai contoh, sekiranya mahu meninggalkan rumah untuk tiga hari, darabkan jumlah makanan untuk tiga hari. Oh ya, kenalah 'invest' sedikit untuk membeli tempat penyimpan makanan yang boleh dibuka secara automatik.

3. Tempat (pasir) yang mencukupi untuk membuang najis

- Jika ada seekor kucing, sediakan dua tempat pembuangan najis. Jika ada dua ekor kucing, sediakan tiga tempat pembuangan najis.

- Jumlah pasir tidak boleh sedikit, sekurang-kurangnya tiga hingga lima sentimeter (cm) tebal. Ini bagi membolehkan pasir menyerap najis dengan berkesan.

cat 2

Pasir yang banyak mampu menyerap bau najis si bulus anda.

Tambah Dr Nor Alimah lagi, sekiranya tidak mampu membawa pulang si bulus bersama, pemilik juga boleh menghantar haiwan peliharaan mereka kepada badan-badan kebajikan haiwan yang sudah banyak ketika ini.

Selain itu, pemilik juga boleh membuat hebahan di platform media sosial untuk mencari individu yang mahu 'adopt' si bulus mereka buat sementara.

"Kalau kita kongsi rezeki dengan makhluk Allah yang kecil ini, Allah akan panjangkan rezeki kita, InsyaAllah," ujar Dr Nor Alimah lagi.

Bagi pemilik si bulus, anda tidak perlu khuatir lagi. Cubalah tip yang dikongsikan oleh Dr Nor Alimah ini... barulah berasa tenang nak beraya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain