suria

Sampul duit raya dah mula dijual, rekaan 2023 nampaknya bukan biasa-biasa... ‘terlajak kreatif’

Antara rekaan kreatif sampul duit raya yang dijual dalam talian.

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Ramadan pada penghujung Mac sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri pada April akan datang.

Biarpun tempoh itu dianggap masih panjang, nampaknya sudah ada rakyat Malaysia yang mula membuat persiapan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Di laman Twitter, seorang individu dikenali sebagai Arif Eddy turut berkongsi foto-foto sampul duit raya dengan rekaan kreatif yang mula dijual sempena lebaran tahun ini.

"Comelnya kalau raya nanti dapat sampul duit macam ni," ciapnya sambul berkongsi foto angpau yang direka persis sampul ubat dari klinik.

sampul1

Rekaan ala sampul ubat yang turut dijual.

Menerusi tweet itu, dia turut berkongsi pautan platform e-dagang Shopee yang menjual aneka sampul duit raya dengan pelbagai rekaan yang unik.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya sampul yang direka ala tiket penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia.

Selain itu, rekaan sampul yang diinspirasikan daripada sijil vaksinasi aplikasi MySejahtera turut menjadi perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa anak dapat duit raya RM3 je, netizen ‘sekolahkan’ bapa tak reti bersyukur... Zaman ‘post pandemic’ orang bagi tu dah kira bagus

Semakan mStar di platform Shopee mendapati sampul duit raya kreatif itu dijual pada harga RM6.

"Sampul duit raya design rare 2023! Dah bosan dengan sampul duit raya biasher-biasher (biasa-biasa)?

sampul raya

Bagi yang rajin dan kreatif, anda juga boleh mempelajari teknik pembuatan sampul duit raya menerusi YouTube.

"Jom sempena musim raya selepas dua tahun berkurung, kita gunakan sampul duit raya style baharu ni.

"Kertas berkualiti, saiz besar, printing pun cun. Kuantiti lima keping untuk setiap pek. Harga adalah untuk satu pek, sementara stok masih ada," tulis pemilik kedai online itu.

Bagi yang mahu berjimat-cermat, banyak video tutorial pembuatan sampul duit raya turut dikongsi menerusi YouTube.

Anda tidak perlu risau akan kos pembuatan kerana ia hanya menggunakan kertas warna, gunting dan gam sahaja.

Jadilah sebagaian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain