suria

Tak sampai 2 tahun beli rumah, cat dinding mengelupas... Ingat 4 tip ini sebelum buat ‘make over’

Atasi masalah dinding lembap sebelum memulakan proses mengecat semula.

MASALAH cat dinding mengelupas sering menghantui pemilik rumah kerana keadaannya yang hanya mencacatkan pemandangan.

Lebih malang, terdapat rumah yang baru dibeli kurang dua tahun turut berdepan masalah sama, sekali gus membuatkan pemiliknya pening kepala.

Penyelesaiannya adalah, anda perlu membersihkan sisa cat yang mengelupas dan mengecat semula dinding untuk menjadikannya kelihatan baharu.

Ikuti beberapa tip sebelum anda mengecat semula dinding rumah agar masalah itu tidak lagi berulang:

1. Bersihkan dinding

Langkah pertama ialah membersihkan sisa cat yang mengelupas pada dinding. Gunakan berus atau pengikis dinding untuk membersihkan lapisan ini.

Selepas itu, gunakan span atau kain lembap untuk mengelap permukaan dinding bagi memastikan tiada sisa cat yang tertinggal. Kemudian, kita boleh mulakan proses untuk mengecat semula.

2. Sapukan cat primer

Jika anda mahu hasil cat tahan lebih lama, sapukan cat primer terlebih dahulu pada kawasan dinding.

file6t2jpqx5suv1dk2ffbi3

Ambil tahu empat perkara sebelum mengecat semula dinding kediaman anda.

Cat primer berfungsi untuk melindungi permukaan dinding daripada kelembapan dan membolehkan lapisan cat seterusnya melekat dengan baik.

3. Atasi masalah dinding lembap

Jangan lupa atasi masalah dinding lembap terutama yang berpunca daripada kebocoran atau resapan air sebelum mengecat semula dinding yang mengelupas.

Jika tidak, cat boleh mengelupas dalam waktu singkat. Anda akan rugi besar kerana anda telah membazirkan tenaga, wang dan masa.

4. Gunakan wall filler

Jika cat yang mengelupas mempunyai lapisan tebal, anda mungkin mendapati permukaan dinding berongga dan tidak rata selepas anda selesai mengorek lapisan yang tinggal.

Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan wall filler. Tampal lubang pada dinding dengan adunan wall filler dan tunggu sehingga ia kering.

Selepas kering, pastikan permukaan rata dengan kawasan sekeliling. Jika tidak, anda boleh melicinkannya menggunakan kertas pasir terlebih dahulu sebelum mengecat dinding.

Jangan lupa, semasa mengikis cat dinding yang mengelupas, pastikan juga menggunakan topeng dan cermin mata keselamatan supaya zarah halus tidak memasuki dalam hidung. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain