suria

Nampak perkataan ‘pork’ terus menggelabah... Jangan malu, ini 3 platform belajar bahasa Inggeris secara percuma

Salah faham gara-gara perkataan 'pork' pada botol rempah ratus kecoh jadi perbualan di media sosial.

KISAH seorang wanita yang salah faham kerana perkataan 'pork' atau babi yang tertera pada botol rempah ratus kecoh menjadi perbualan netizen.

Dalam video tular yang sudah dipadam itu, dia tersilap melihat perkataan 'pork' pada pelekat botol produk itu yang mana ia bukanlah dalam kategori 'bahan-bahan' (ingredients), sebaliknya dalam kategori 'digunakan pada' (use on).

Ia bermaksud rempah ratus berkenaan sesuai digunakan sebagai perapan untuk pelbagai jenis daging termasuklah babi.

Di sebalik kekecohan itu, netizen turut sepakat mengenai pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mengelak salah faham seperti kes berkenaan berulang pada masa akan datang.

Bagi mereka yang mahu memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris, berikut kami kongsikan tiga platform yang boleh digunakan secara percuma.

1. Duolingo

Tersedia dalam versi mobile untuk iOS dan Android, Duolingo membantu anda mempelajari perbendaharaan kata dan tatabahasa baharu melalui permainan dan kuiz menerusi aplikasi itu.

Duolingo merupakan antara platform yang bagus untuk anda memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris.REUTERS/Dado Ruvic/Illustration.

Duolingo merupakan antara platform yang bagus untuk anda memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris.REUTERS/Dado Ruvic/Illustration.

Setiap pelajaran disertakan dengan ilustrasi dan animasi yang sangat comel untuk menjadikannya lebih menyeronokkan dan interaktif, lapor Fluentu.

Duolingo memisahkan setiap pelajaran mengikut kategori. Ia juga menawarkan tip dan nota yang berguna sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gelabah nampak perkataan ‘pork’! Heboh di media sosial ada unsur babi dalam rempah - “Sia-sia belajar Bahasa Inggeris”

Setiap perkataan juga disertakan dengan rakaman audio supaya anda boleh mendengar cara menyebut setiap perkataan baharu yang anda pelajari.

Anda juga perlu melengkapkan pengajian dalam Duolingo atau mengambil ujian sebelum beralih ke peringkat seterusnya.

2. Daily Grammar

Reka bentuk laman web ini mungkin kelihatan agak lama, tetapi ia merupakan platform yang sangat bagus untuk mempelajari tatabahasa bahasa Inggeris.

Laman Daily Grammar menampilkan hampir semua bahagian tatabahasa Inggeris yang dipecahkan kepada aktiviti yang mudah.

Ini termasuk aktiviti tatabahasa pada topik pemula seperti kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata keterangan.

Anda akan ditawarkan dengan banyak pilihan merangkumi 440 aktiviti dan 88 kuiz!

Terdapat juga glosari interaktif yang menawarkan aktiviti berdasarkan topik.

Ini bermakna anda boleh memberi tumpuan pada tatabahasa tertentu dan mempelajarinya dengan betul.

ILLUSTRATION - You have finally have some time to learn a new language from home due to coronavirus? Using just an online app isn't the best way. Photo: Christin Klose/dpa

Usia bukan penghalang untuk kita semua terus menambah ilmu. Foto: Christin Klose/dpa.

Blog ini juga dikemas kini dengan kerap dan merupakan tempat yang bagus untuk melatih sedikit tatabahasa dalam pertuturan harian!

3. TED

TED merupakan salah satu laman web video pendidikan dalam talian terbesar di dunia.

TED mencipta video yang dikenali sebagai TED Talks yang merupakan pembentangan oleh pakar dalam banyak bidang.

Anda boleh menonton TED Talks tentang sains, falsafah, pendidikan dan banyak lagi.

TED Talks ialah cara yang popular dan berkesan untuk melatih kemahiran mendengar bahasa Inggeris anda.

Ia juga boleh membantu untuk menonton video dalam sari kata dalam bahasa ibunda anda dan kemudian dalam bahasa Inggeris.

Sebagai petua tambahan, cuba cari video tentang topik yang anda minati, kerana ini akan membuatkan anda lebih bermotivasi untuk mempelajarinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain