suria

Misi buru Duta Muda, PERKESO komited tingkat pemahaman kesedaran perlindungan sosial Gen Z

PERKESO taja DMbP 2022.

SENTIASA komited dalam memastikan masyarakat khususnya generasi muda mempunyai kesedaran tentang perlindungan keselamatan sosial, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tampil sebagai penaja utama Pertandingan Debat Malaya 2022 (DMbP 2022).

Menerusinya, bakat dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan golongan muda atau Gen Z dapat diasah.

Edisi pertandingan tahun ini memberi tumpuan kepada topik berkaitan kepentingan keselamatan sosial seperti pelaksanaan mandatori Maternity Benefit di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan cadangan skim perlindungan sosial sebagai subjek wajib lulus Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia.

Generasi muda perlu dipersiapkan dengan pemahaman tentang perlindungan keselamatan sosial. - foto hiasan

Generasi muda perlu dipersiapkan dengan pemahaman tentang perlindungan keselamatan sosial. - foto hiasan

Bermula 4 November lalu, DMbP 2022 yang dianjurkan Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) menyaksikan 40 pasukan generasi muda daripada pelbagai institusi, universiti, kolej, dan sekolah berprestij di seluruh Malaysia menyahut cabaran membahaskan topik-topik menarik.

Sedar tak sedar DMbP 2022 kini sudah memasuki pusingan akhir yang dijadualkan pada Sabtu, 12 November.

Lebih mengujakan apabila pendebat terbaik DMbP 2022 bakal dilantik menjadi Duta Muda PERKESO.

Menurut Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, pertandingan tersebut dapat mendekatkan jenama PERKESO dengan golongan belia dan pada masa sama meningkatkan pemahaman mereka tentang perlindungan keselamatan sosial.

Mohammed Azman mahu generasi muda dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi.

Mohammed Azman mahu generasi muda dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi.

“Adalah penting untuk golongan muda mempelajari tentang keselamatan sosial sebelum mereka menyertai tenaga kerja.

“Kita mahu memastikan belia dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran, dan sokongan yang mencukupi untuk diintegrasikan ke dalam pasaran buruh dengan memahami manfaat keselamatan sosial kepada individu, keluarga dan negara,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, peringkat separuh akhir DMbP 2022 menyaksikan perdebatan sengit antara dua pasukan daripada Universiti Malaya dan juga pasukan antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat PERKESO, Izad Hj. Raya berkata, program itu juga diharapkan dapat melahirkan lebih ramai golongan pelajar berkeyakinan tinggi terutama dalam aspek komunikasi di khalayak ramai.

pidato

“Kami yakin Debat Malaya bersama PERKESO 2022 dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan cemerlang dan juga menjadi pemangkin dalam membentuk generasi pemimpin yang masa hadapan,” ujarnya.

Untuk rekod, DMbP 2022 diadakan secara hibrid di mana pusingan awal serta suku akhir dijalankan secara dalam talian manakala peringkat separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara fizikal di Universiti Malaya dengan mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu.

Rakyat Malaysia dijemput menyaksikan pusingan akhir DMbP 2022 yang akan berlangsung pada Sabtu, 12 November di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya pada pukul 2:15 tengah hari atau boleh menonton secara langsung di facebook PERKESO https://www.facebook.com/PERKESO.Official layari di SINI.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain