suria

Perhatian peminat BTS dan kaki foto! Fujifilm perkenal versi Instax Mini 11 BTS Butter 

Pelbagai fungsi dan ciri menarik bagi versi Instax Mini 11 Butter yang harus dimiliki.

KAMERA polaroid kembali popular sejak kebelakangan ini apatah lagi ia mula menjadi trend dalam kalangan golongan muda yang inginkan kelainan.

Ia bukan sahaja dapat mengambil gambar yang cantik tetapi boleh menjadi aktiviti menyeronokkan dalam mengabadikan percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan teknologi pintar dan gaya hidup, OGAWA perkenal kedai konsep smart retail... paling best ada diskaun cecah 50 peratus!

Maka tidak hairan Fujifilm Malaysia mengumumkan kerjasama dengan salah satu kumpulan K-pop popular di dunia iaitu BTS.

Kerjasama ini menyaksikan ciptaan edisi 'Butter' Instax Mini 11 berwarna kuning yang cukup comel.

Mengambil inspirasi daripada lagu Butter kumpulan itu, apa yang menarik mengenainya adalah ia didatangkan dalam warna kuning terang dengan sentuhan rona pastel pada bezel kantanya.

BTS_instax_keyvisual_SNS

Instax Mini BTS Butter cukup comel dan menarik.

Tidak hanya itu, versi Instax Mini 11 BTS Butter ini juga didatangkan dengan tali pemegang bertema, butang pengatup dalam bentuk hati selain filem versi Butter Instax Mini BTS dengan 10 pendedahan.

Sebenarnya terdapat beberapa fungsi dan ciri menarik bagi versi Instax Mini 11 Butter ini termasuklah;

1. Fungsi pendedahan automatik untuk gambar lebih baik siang atau malam

Fungsi pendedahan automatik atau automatic exposure dapat mengesan tahap cahaya persekitaran apabila butang pengatup ditekan dan mengoptimumkan kelajuan pengatup dan flash output mengikut keadaan.

Ia membolehkan pengguna Instax yang baharu untuk mengambil foto yang terdedah secara automatik dengan betul tanpa mengira keadaan, menghasilkan cetakan foto segera berkualiti tinggi.

2. Mod Selfie untuk selfie yang cepat dan mudah

Menariknya mengenai versi instax mini 11 BTS Butter, pengguna boleh mengaktifkan mod selfie, sesuai untuk mengambil swafoto dan tangkapan jarak dekat dengan hanya menarik keluar tepi hujung hadapan lensa selepas menghidupkan kamera.

Ini menjadikan ia sangat mudah untuk mengambil selfie dan gambar jarak dekat.

211210-instax-butter-2-1024x729

Filem mini instax mini 11 BTS Butter turut menampilkan sempadan kuning terang yang penuh dengan tanda trademark lencana heart BTS Butter.

3. Reka bentuk anggun dengan perincian mengagumkan!

Elemen reka bentuk yang berbeza pada versi instax mini 11 BTS Butter menggunakan bahan berbeza pada bahagian lensa daripada seluruh badan kamera.

Ia menghasilkan rupa yang menyeronokkan dan menarik perhatian yang sangat jelas diinspirasikan daripada Butter!

4. Variasi filem mini baharu

Tidak hanya memfokus pada kamera, apa menarik mengenainya adalah filem mini instax mini 11 BTS Butter turut menampilkan sempadan kuning terang yang penuh dengan tanda trademark lencana heart BTS Butter.

Filem ini akan tersedia dalam kartrij tunggal dengan menampilkan 10 pendedahan setiap satu.

Kamera ini dijual pada harga RM468 manakala filem mini instax mini 11 BTS Butter pula RM41. Ia boleh didapati di pasaran Malaysia bermula pertengahan Disember.

Untuk maklumat lanjut mengenai versi Instax Mini 11 BTS Butter boleh melayari laman web Fujifilm Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain