suria

Rasai pengalaman menakjubkan di ruang eksklusif VVIP... keselesaan pelanggan keutamaan OGAWA Concept Store

OGAWA Concept Store yang terletak di pusat beli-belah Mid Valley Megamall kini dibuka kepada orang ramai.

SEMENJAK pandemik melanda dunia dua tahun lalu, ramai daripada kita lebih mementingkan kesihatan bagi memastikan tubuh badan dalam keadaan sihat.

Tidak hanya memastikan tubuh bebas daripada penyakit, ramai juga mencari pelbagai cara untuk membuatkan tubuh sentiasa berada dalam keadaan rileks dan bebas tekanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum melangkah 2022, ketahui 5 perkara boleh anda lakukan untuk hidup lebih bahagia

Atas sebab itu juga, dengan kedatangan tahun 2022, jenama OGAWA turut mengambil peluang itu untuk membina semula perniagaan mereka demi memenuhi keperluan semasa pelanggan.

ogawamv-31

Dengan reka bentuk kedai yang lebih luas, ia memberikan pengalaman terbaik bagi mencuba pelbagai produk terkini OGAWA.

Berbekalkan pengetahuan hasil pengalaman lalu, OGAWA Malaysia berkembang daripada inisiatif semasa mereka dengan menyediakan pengalaman baharu dalam kedai menerusi OGAWA Concept Store di pusat beli-belah terkenal, Mid Valley Megamall.

Menerusi concept store itu, OGAWA memperkenalkan hibrid teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup yang dipertingkatkan untuk menghasilkan pengalaman dalam kedai yang lebih menarik minat rakyat negara ini.

Tidak hanya memperkenalkan pelbagai produk terbaharu, OGAWA turut memberikan pelanggan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan global dan tawaran pengalaman terbaik yang sesuai dengan pelanggan zaman moden.

Ini termasuklah estetika dalaman kedai kepada identiti jenama logo yang dipertingkatkan, OGAWA Concept Store turut memperkenalkan transformasi yang mengintegrasikan kehidupan pintar dan pengalaman kedai fizikal yang merealisasikan konsep itu dengan mudah.

ogawamv-164

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling.

Ia cukup sesuai dengan kehendak dan permintaan pelanggan yang semakin berubah apatah lagi dengan pandemik yang berlaku ketika ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling, berkata, pertimbangan yang mendalam telah dilakukan kepada setiap elemen kedai dan jenama itu yang diterjemahkan kepada persekitaran beli-belah lebih selesa, pintar dan sihat untuk pelanggan.

"Melalui reka bentuk dan konsep inovatif yang diperkenalkan akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan kami yang mencari mesin urut dan teknologi kesihatan berkualiti tinggi.

"Ini sesuai dengan OGAWA sebagai jenama kesihatan dan kesejahteraan terkenal di peringkat antarabangsa dan semakin berkembang pesat, jadi kami sangat teruja untuk memperkenalkan versi terkini untuk pelanggan merasai pengalaman dalam kedai OGAWA," katanya.

ogawamv-166

Produk kecil dipamerkan di atas lekapan bulat yang direka dengan paparan tiga tahap ketinggian bagi memudahkan pelanggan melihat produk dengan lebih dekat.

Gabungan teknologi pintar dan gaya hidup!

Bagi yang bakal berkunjung ke OGAWA Concept Store, kata Datuk Lim Mee Ling, mereka akan merasai pengalaman reka bentuk kedai yang dilengkapkan dengan gabungan teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup.

Tidak hanya itu, warna mawar keemasan dan putih dipilih sebagai rona utama yang dipadankan dengan kombinasi kayu untuk menghasilkan reka bentuk ruang yang seimbang dan harmoni.

Tambahan lagi, penggunaan aliran pancaran cahaya menyerlahkan lagi kualiti produk dan secara semula jadi melembutkan penjuru dinding yang menghubungkan pelbagai ruang dengan lebih baik untuk pengalaman menikmati produk yang dipamerkan.

Produk kecil pula dipamerkan menerusi lekapan bulat yang direka dengan paparan yang mempunyai tiga tahap ketinggian bagi memudahkan pelanggan melihat produk dengan lebih dekat.

ogawamv-88

Datuk Lim Mee Ling bersama tetamu khas memotong reben ketika pembukaan OGAWA Concept Store.

Selain itu, logo OGAWA turut diberi wajah baharu daripada warna hijau kepada putih yang lebih sofistikated dan mencerminkan keunggulan jenama itu membawa kesejahteraan dan kegembiraan kepada pelanggan di seluruh dunia.

"Setelah pertimbangan dan penyelidikan yang teliti, kami telah menghasilkan reka bentuk dan konsep dalaman baharu yang menandakan kemodenan serta inovasi.

"Ini termasuklah penambahan elemen utama yang menterjemahkan misi dan orientasi kami sebagai peneraju kesihatan global dan mengekalkan reputasi kami yang sentiasa mengembangkan teknologi kesihatan dan produk untuk meningkatkan gaya hidup orang ramai di seluruh dunia untuk sepanjang zaman," ujarnya.

Datuk Lim Mee Ling memberitahu bahawa semua pembaharuan itu dilakukan supaya pelanggan - pelanggan OGAWA dapat menikmati kehidupan yang menyenangkan, tenang dan sihat seolah - olah mereka berada dalam keselesaan di rumah mereka sendiri. Sehubungan degan itu, OGAWA juga ingin mewujudkan gaya hidup pintar dalam setiap isi rumah masyarakat Malaysia.

Pengalaman Ekslusif

Layanan VVIP... Rasai pengalaman menakjubkan ketika berkunjung ke OGAWA Concept Store.

Oleh sebab itu, OGAWA Concept Store bukan sekadar kedai biasa malah ia merupakan sesebuah “Wellness Hub” yang memaparkan persekitaran selesa dan futuristik.

Ruangan Ekslusif VVIP

Dalam perkembangan sama, Datuk Lim Mee Ling menyatakan bahawa perkhidmatan pelanggan turut dinaik taraf di OGAWA Concept Store yang mana ruangan eksKlusif VVIP disediakan khas untuk pelanggan-pelanggan tetap yang sentiasa menyokong jenama ini.

Pengurus Jualan Kawasan Serantau OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong berkata, pelanggan - pelanggan boleh merasai produk terunggul OGAWA, Master Drive AI 2.0 yang dibina dengan 5,184 kombinasi urutan selain mempunyai sistem pengesan wajah, Health Tracker and Scanner™ dan penganalisis Automatik Berkuasa AI yang menggunakan algoritma untuk mengumpul dan menguruskan data.

ogawamv-186

Pengurus Jualan Kawasan Serantau OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong.

Algoritma ini dapat mengesyorkan kombinasi urutan yang diprogramkan untuk menyasarkan bahagian badan yang bermasalah.

Di samping pembukaan OGAWA di Mid Valley Megamall, OGAWA turut menawarkan diskaun eksklusif sempena sambutan perayaan Krismas di mana pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus*, pelan pembayaran ansuran 0 peratus sehingga 68 bulan* di mana-mana cawagan OGAWA.

Untuk maklumat lanjut mengenai OGAWA Concept Store dan kemas kini terkini, sila layari laman web OGAWA WORLD.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain