suria

Untung besar... Jom kenali 10 Youtuber peroleh pendapatan paling lumayan

Youtube menjadi salah satu platform nombor satu paparan video bukan sahaja untuk mendapatkan subscriber malah ia boleh menguntungkan.

YOUTUBER ialah pencipta kandungan video yang menjadi pekerjaan pilihan bagi sesetengah individu. Bukan sahaja terkenal, malah seorang Youtuber juga boleh mendapat ratusan hingga ribuan ringgit untuk setiap video.

Menurut Forbes, pendapatan semua Youtuber dianggarkan berjumlah AS$300 juta (RM1.257 bilion) yang diperoleh hasil daripada bilangan penonton dan iklan yang disiarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kata orang rezeki tak salah alamat... Jom kenali 7 pengemis terkaya di dunia

ARTIKEL BERKAITAN: 10 orang terkaya dunia kini bertambah kaya! Nilai kekayaan meningkat lebih RM1.67 trilion tahun 2021

Sehingga kini, pengguna YouTube telah berkembang sebanyak 40 peratus dan mempunyai hampir dua bilion pengguna di seluruh dunia, sekali gus trend ini meningkatkan pendapatan golongan Youtuber.

Berikut adalah Top 10 YouTuber terkaya di dunia:

1. Jimmy Donaldson

Jimmy Donaldson berjaya menduduki tempat pertama sebagai Youtuber dengan pendapatan tertinggi di dunia - melalui saluran YouTube MrBeast, Jimmy berjaya mengaut keuntungan lebih AS$54 juta (RM226 juta).

Bukan sahaja Youtube, MrBeast juga mempunyai aplikasi pesanan burger dengan nama MrBeast Burger yang menghubungkan pelanggan dengan lebih 1,600 restoran di Amerika Syarikat (AS).

2. Jake Paul

Jake Paul dicarta kedua dengan pendapatan AS$45 juta (RM188.6 juta) hanya dengan memuat naik video perjuangannya sebagai peninju profesional di Youtube.

Paul juga pernah bertarung dengan peninju kategori kelas atas dari MMA seperti Ben Askren dan Tyron Woodley.

3. Markiplier

Youtuber Markiplier dengan pendapatan ketiga tertinggi, memperoleh kekayaan daripada video yang dimuat naik berjumlah AS$38 juta atau RM159 juta.

Mark yang hanya pengulas permainan video, telah mengumpulkan sehingga 31.5 juta subscriber.

4. Rhett dan Link

Rhett dan Link berada ditempat keempat dengan pendapatan AS$30 juta (RM126 juta).

Kedua-duanya mempunyai saluran YouTube yang dipanggil Good Mythical Morning yang menyampaikan cerita, menyanyikan lagu dan melakukan pelbagai cabaran.

5. Nathan Graham

Dengan bilangan subscriber mencecah 12.5 juta, saluran YouTube Unspeakable berjaya memperoleh kekayaan sehingga AS$28.5 juta (RM119 juta).

Pencapaian ini juga menjadikan saluran Nathan Graham menduduki tempat kelima pendapatan tertinggi dalam barisan Youtuber.

6. Nastya

YouTuber cilik dari Rusia, Nastya, memperoleh pendapatan iaitu AS$28 juta atau RM117 juta.

Pendapatan itu sekaligus menempatkan Nastya di tangga keenam sebagai barisan Youtuber terkenal selain memiliki pendapatan antara yang tertinggi.

7. Ryan Kaji

Selain itu, Youtuber muda, Ryan Kaji, juga berjaya menduduki posisi ketujuh sebagai barisan Youtuber berpendapatan tinggi.

Dengan memperoleh AS$27 juta (RM113 juta).

8. Dude Perfect

Saluran YouTube Dude Perfect juga berjaya meletakkan kedudukannya sebagai Youtuber berpendapatan tertinggi kelapan dengan memperoleh AS$20 juta atau RM89 juta.

Saluran ini diisi oleh beberapa orang iaitu Coby, Cotton, Cory Cotton, Garrett Hilbert, Cody Jones, dan Tyler Toney - mereka berlima menyiarkan hiburan berbentuk komedi sukan.

9. Logan Paul

Logan Paul juga tersenarai dalam YouTuber berpendapatan tertinggi di dunia, dia berjaya mengaut pendapatan sehingga AS$18 juta (RM75 juta).

Sebelum ini, saluran YouTube Logan bersama abangnya Jake Paul pernah digantung oleh YouTube kerana memuat naik video seseorang membunuh diri di hutan Aokigahara.

10. Preston Arsement

Kedudukan terakhir dihuni Preston Arsement, yang memperoleh pendapatan AS$16 juta atau RM67 juta.

Preston yang biasanya memuat naik permainan video di Youtube, juga terkenal sebagai salah satu platform pengguna Youtube untuk membuat rujukan melalui tayangan videonya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Youtuber terkaya, kaya, isuke

Artikel Lain