suria

Kata orang rezeki tak salah alamat... Jom kenali 7 pengemis terkaya di dunia

Pengemis di dunia serba moden juga pakar menggunakan pelbagai aplikasi digital.

FENOMENA dunia moden kini telah mengubah arus pemikiran masyarakat.

Kita sering kali melihat pengemis jalanan di merata tempat yang cuba meraih simpati terutamanya di bandar-bandar besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah merasai pengalaman terperangkap dalam air bah, usahawan ini derma ribuan bantal premium kepada mangsa banjir

Namun adakah mereka ini benar-benar memerlukan bantuan atau sebaliknya.

Adakalanya golongan ini lebih berkemampuan dari segi kewangan berbanding tangan yang menghulurkan wang.

Berikut ialah pengemis profesional terkaya di dunia, antaranya:

hipwee-201247_storya-1000x630

1. Eisha, Pengemis 100 tahun

Seorang wanita tua dan buta yang mencecah usia 100 tahun gemar mengemis di tepi jalanan sekitar Arab Saudi.

Dengan keadaannya yang uzur telah mengundang banyak simpati sekaligus menarik warga kota untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Kebiasaannya, setiap kali pergi mengemis beliau akan menceritakan tentang situasinya kepada 50 orang untuk meraih simpati.

Seperti yang dilaporkan jika Eisha meninggal dunia, dia akan meninggalkan harta bernilai $10,66,580 (RM11.8 juta).

article-2362010-1AC8DEBF000005DC-572_308x185

2. Simon Wright

Pengemis asal United Kingdom ini lebih suka duduk di kaki lima Jalan Putney High London, berpakaian lusuh dengan tulisan pada tangan 'homeless and hungry'.

Diceritakan pada suatu ketika, Oliver, polis konstabel melihat Simon yang serba kekurangan itu dengan penuh rasa simpati dan berhasrat untuk membantunya.

Namun pandangan zahir bukanlah penentu segalanya apabila Oliver memutuskan untuk mengikuti pengemis itu ke kawasan rumah yang didiaminya iaitu sebuah rumah flat mewah berhampiran Fulham bernilai £300,000 (RM1.4 juta).

Krishna-Kumar-Gite-rich-beggar

3. Krishna Kumar Gite

Pengemis ini pula handal dalam melakukan suatu hal yang mencabar di Kota Mumbai, dengan berjalan mencari mangsa mencari simpati dan meminta wang.

Krishna bukanlah dikategorikan pengemis jutawan, tetapi seperti yang dilaporkan pendapatannya mencecah $500 seminggu (RM2.8 ribu).

beg

4. Sambhaji Kale

Gemar mengemis di kawasan mewah di Mumbai, Sambhaji mendapat kira-kira Rs500 (RM2.8 ribu) sehari dan mengumpulnya.

Hasil pendapatan itu memberikannya kemewahan berterusan dan memiliki sebuah flat, dua buah rumah, sebidang tanah di Solapur dan simpanan wang di bank.

1001beggarfeatured1

5. He Rongfeng

Kisahnya yang luar biasa mengejutkan masyarakat, beliau berusia 17 tahun ketika mengemis di sekitar bandar Taizhou Wilayah Zhejiang China. Keadaan yang serba kekurangan membuatkan He Rongfeng nekad mengemis demi menjaga keluarganya.

Ketika berdiri di sebuah restoran mi tanpa wang saku dan perut yang kosong, Dai Xingfen pemilik premis berkenaan memberikannya wang saku untuk kelangsungan hidup.

Ketika pengemis ini akhirnya mendapat pekerjaan sebelum bergelar jutawan, beliau sekaligus membalas jasa wanita itu dengan menghadiahkannya wang berjuta-juta.

44511aa5-10fe-4625-866f-3211c9199a2c

6. Massu

Seorang pengemis asal India ini pula menaiki beca untuk meraih simpati kawasan setempat melihat keadaan zahirnya.

Tidak hanya hebat dalam lakonan, lelaki tua ini turut di gelar sebagai bintang bollywood. Aset kekayaan sahaja bernilai Rs300 juta (RM16 juta).

download

7. Pengemis terkaya di dunia, Bharat Jain

Memiliki dua buah flat di kawasan paling mewah di Mumbai, Bharat Jain antara pengemis jutawan terkaya dunia dengan memperoleh kira-kira AS$1,000 (RM4,166) hingga AS$2,000 (RM8,332) sehari.

Hanya memberitahu keadaannya yang serba miskin, mangsa akan mudah terpedaya dan menghulurkan bantuan.

Senarai di atas jelas membuktikan rata-rata pengemis jutawan wujud di India.

Seringkali golongan kurang berkemampuan menjadi bualan ramai, tetapi adakalanya mereka yang mendapat sumbangan tergolong daripada kategori kaya dan jutawan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Pengemis, duit, terkaya, rumah, lakonan,

Artikel Lain