suria

Jangan panik! Ini perkara yang harus dan tak patut dilakukan untuk selamatkan kereta sangkut dalam banjir

Jangan sesekali cuba menghidupkan enjin kenderaan selepas banjir surut.

BENCANA banjir yang sedang berlaku di Lembah Klang dan beberapa kawasan di negri lain ketika ini memang membimbangkan sehingga ada beberapa kawasan dinaiki air ke paras lutut sehingga ke paras bumbung.

Selain rumah dimasuki air, ramai yang gagal menyelamatkan kenderaan mereka untuk dibawa ke kawasan selamat dan terpaksa pasrah melihat kereta kesayangan ditenggelami banjir.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sejam rumah tenggelam! Penduduk selamatkan diri atas bumbung, pilu tengok ibu masih berpantang bersama bayi terpaksa ‘turut serta’

Paling penting, kenderaan yang sudah ditenggelami air, jangan sesekali cuba dihidupkan enjinnya terutama jika air mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin.

Biarkan kenderaan tenggelam di dalam air dan tunggu sehingga banjir surut sebelum mengalihkan kenderaan anda. Ini kerana kenderaan masih boleh diselamatkan dengan melakukan beberapa perkara ini selepas air surut.

file7iwivxtmix014axb4b8e

Tolak kenderaan tanpa menghidupkan enjin ke kawasan selamat.

1. Jangan hidupkan enjin kereta

Selepas banjir mula surut dan keadaan mula selamat, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin kereta anda. Sebaik-baiknyam hubungi lori tunda untuk dibawa ke bengkel.

Ini kerana jika anda cuba menghidupkan kenderaan, enjin yang sudah terjejas akibat banjir besar kemungkinan akan mengalami kerosakan lebih teruk.

2. 'Flush' minyak

Memandangkan kedudukan tangki minyak pada kedudukan agak rendah, ada kebarangkalian air telah masuk ke dalamnya. Bagi mengelak masalah besar atau kemungkinan kereta perlu overhaul, flush minyak yang ada sehingga benar-benar kering.

file7iwjiq1i50gantsgb8e

Kenderaan tenggelam dalam air ketika banjir tidak boleh dielakkan.

3. Periksa minyak enjin dan gearbox

Antara perkara yang perlu diperiksa adalah sukatan dipstick minyak enjin dan gearbox. Sekiranya paras minyak lebih tinggi daripada kebiasaan, kemungkinan ia telah dimasuki air.

Kebiasaannya, mekanik akan mengosongkan minyak enjin dan gearbox dan gantikan dengan yang baharu.

4. Komponen elektronik

Apa sahaja komponen elektronik seperti radio, bateri dan sebagainya hendaklah dicabut.

file7iwjqkyxzvo25dxrb8e

Selamatkan barang-barang yang penting dan mudah rosak akibat air.

5. Kusyen

Kebiasaannya terdapat bengkel yang menawarkan perkhidmatan mencuci bahagian dalam kereta yang basah akibat terkena air banjir. Pastikan kusyen dicuci dengan baik kerana ia mungkin akan meninggalkan bau hapak.

Sementara itu, sekiranya kawasan anda berisiko dilanda banjir, beberapa langkah pencegahan juga boleh dilakukan termasuklah;

1. Sebaik-baiknya selamatkan kenderaan dan parkir di kawasan lebih tinggi.

2. Sebagai langkah keselamatan, tutup ekzos kenderaan dengan sesuatu yang padat agar air tidak dapat tembus sekiranya berlaku banjir.

3. Cabut terminal bateri memandangkan situasi banjir di luar jangka.

4. Selamatkan barang-barang yang penting dan mudah rosak akibat air.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain