suria

Bukan sahaja ajar mengaji Al-Quran, Beana Home Quran bantu graduan pendidikan Islam dapat kerja

Belajar mengaji secara atas talian merupakan satu wasilah untuk mendapatkan ilmu membaca al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini.

TIMBUL kesedaran mengenai kepentingan belajar mengaji dan mendalami ilmu agama, graduan Universiti al-Azhar yang menjalankan perniagaan mengajar mengaji dari rumah ke rumah kini telah berkembang maju secara atas talian.

Belajar mengaji atau memperbaiki bacaan serta tajwid kita juga kini boleh dilakukan secara dalam talian, tidak kira peringkat umur kerana segalanya di hujung jari sahaja.

Malahan, idea itu tercetus apabila melihat majoriti umat Islam di Mesir dapat menghafaz kitab suci itu pada usia muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab mengapa Rasulullah melarang berbisik dengan kawan depan orang ketiga

Beana Home Quran merupakan sebuah platform untuk umat Islam mengenal Al-Quran dan juga ilmu fardu ain dengan lebih baik.

Beana Home Quran menggunakan konsep talaqi iaitu perjumpaan atau pertemuan yang berasaskan pembelajaran ilmu Islam yang disampaikan oleh guru bertauliah kepada kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa agar lebih fokus dan tekun dalam pengajian Al-Quran dan ilmu fardhu ain.

Jika belajar secara atas talian tidak begitu efisyen, Beana Home Quran turut menawarkan perkhidmatan mengajar mengaji secara persendirian di rumah sekitar 10 kilometer (km) radius dari syarikat mereka.

Pusat pembelajaran ini terletak di Kota Damansara Selangor berkedudukan yang sangat strategik kerana ianya terletak di antara kawasan Subang dan Petaling Jaya.

.

Anna Rosdijanti Ahmat Rusdi merupakan pengasas kepada Beana Home Quran.

Beana Home Quran yang diasaskan oleh Anna Rosdijanti Ahmad Rusdi adalah milik BEANA Homequran Sdn Bhd, sebuah syarikat penuh bumiputra dan beroperasi sejak Disember 2016.

Lebih menarik mengenai perkataan 'Beana' itu sendiri adalah bermaksud Jadilah Saya, diambil daripada perkataan bahasa Inggeris dan Arab 'be' dan 'ana'.

Idea mengajar mengaji secara online ini mula tercetus apabila Anna Rosdijanti yang lebih mesra di sapa Puan Anna cuba untuk bantu golongan graduan bidang pendidikan atau pengajian Islam yang masih tiada kerjaya.

Sehingga kini, Beana Home Quran telah memiliki lebih daripada 150 tutor seperti graduan dari Kolej Universiti Islam Selangor yang telah berdaftar secara sah di mana mereka ini memiliki sahsiah serta nilai baik berkebolehan untuk mengajar mengaji.

beana 3

Tiada had umur dalam menuntut ilmu, yang perlu cuma keinginan dan azam yang tinggi untuk berubah.

Menurut pengasas ini ada juga kelas-kelas Fardu Ain lain seperti Kelas Bahasa Arab, Kelas Tahsin Ibadah, Kelas Tasmi' dan Tafsir hadis yang diadakan selepas sesi pengajian Al-Quran.

Siapa sangka belajar mengaji kini lebih menarik dan mudah selama 60 minit dalam satu sesi yang ditawarkan oleh Beana Home Quran dan boleh dilakukan sehingga empat kali seminggu.

Menggunakan pendekatan 'Fun Learning', mereka tidak hanya fokuskan kepada mengajar melalui tarikan warna dan intonasi tetapi menggunakan kreativiti seperti 'flash card' dan buku mengaji keluaran syarikat itu sendiri.

20201130_100300

Turut menawarkan perkhidmatan kelas mengaji dan asas fardhu ain secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar kelas mengaji tersebut.

Berkongsi mengenai pengalamannya dalam bidang pendidikan selama 12 tahun di sebuah sekolah agama rakyat, Puan Anna memberitahu dia memang bercita-cita untuk menjadi seorang guru dan mengajar mengaji namun perjalanan itu tidak mudah.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut terkesan dengan wabak Covid-19 yang melanda kerana beliau dijangkiti virus ini menyebabkan terpaksa melakukan pembedahan untuk melahirkan bayinya 10 bulan yang lalu.

beana 1

Mereka sedia mengajar sesiapa yang ingin belajar Al-Quran tanpa mengira usia.

Kekangan yang dihadapi semasa membangunkan Beana Home Quran tidak mematahkan semangat untuk meneruskan impiannya kerana kini Puan Anna telah berpindah kepada syarikat yang lebih besar dan memiliki kakitangan sendiri dalam tempoh lebih kurang empat tahun.

Lebih daripada 600 pelanggan yang mengikuti kelas pengajian ini bukan sahaja rakyat Malaysia malah dari negara luar seperti Arab Saudi, Australia dan juga Filipina.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or