suria

Ramai mengelat tugas cuci pinggan, cuba amalkan 4 tip ini... mungkin ia jadi aktiviti kegemaran anda selepas ini

Ramai yang merasakan kerja mencuci pinggan melecehkan.

MENCUCI pinggan mangkuk barangkali antara tugas yang paling leceh bagi kebanyakan orang apatah lagi ketika mengadakan kenduri atau majlis makan-makan di rumah.

Ia tugas yang memenatkan serta mengambil masa yang panjang, malah dalam sesetengah kes memberi kesan kepada tangan yang tidak berhenti bergerak membersih, menyental dan membilas pinggan mangkuk di dalam sinki.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan untuk cuci rambut saja, 5 barang ini juga sesuai dibersihkan guna syampu

Sebenarnya ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjadikan aktiviti mencuci pinggan menjadi lebih mudah serta menyeronokkan.

Aktiviti

1. Jadikan aktiviti kekeluargaan

Dalam musim pandemik ini, pelbagai perkara boleh dilakukan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan di rumah dan salah satunya mencuci pinggan.

Jadikan ia aktiviti kekeluargaan apatah lagi mencuci pinggan banyak prosesnya dan ia boleh menjadi mudah apabila ada yang membantu.

Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk berbual-bual sekali gus boleh mengeratkan hubungan ketika waktu sukar ini.

Asing sampah

2. Asingkan mengikut jenis

Mengasingkan pinggan mangkuk mengikut jenis dan kategori tertentu sebelum dibersihkan mungkin nampak macam membuang masa tetapi percayalah ia menjimatkan waktu di dapur!

Apabila pinggan, cawan, mangkuk dan sudu diasingkan kerja mencuci jadi lebih teratur dan sistematik.

3. Mendengar lagu

Bagi yang bersendirian ketika mencuci pinggan, mendengar lagu kegemaran boleh membantu membangkitkan mood dan semangat.

Percayalah, tanpa disedari tempoh mencuci itu menjadi singkat kerana kita akan lebih leka dengan muzik yang dipasang.

Cuci Pinggan

4. Jangan biar pinggan menimbun dalam sinki!

Perkara yang membuatkan semangat mencuci pinggan menurun apabila melihat segunung pinggan mangkuk di dalam sinki yang perlu dicuci.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Atas sebab itu, sebaik-baiknya, sejurus selesai memasak atau makan, biasakan diri untuk terus mencuci pinggan dan peralatan lain. Jadikan ia tabiat dan pasti anda akan terbiasa dengannya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wajah bayi berkedut seperti berusia 80 tahun