suria

Bukan untuk cuci rambut saja, 5 barang ini juga sesuai dibersihkan guna syampu

Syampu terdapat pelbagai kegunaan dan bukannya hanya mencuci rambut.

SELAMA ini syampu digunakan semata-mata untuk mencuci rambut bagi memastikan ia tidak berminyak, bebas kelelumur dan membersihkan debu atau kotoran lain yang melekat padanya.

Padahal terdapat pelbagai zat kimia di dalam syampu yang boleh berfungsi membersihkan bahan-bahan lain selain rambut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu beli pencuci khas untuk bersihkan 5 kotoran ini, guna saja serbuk cuci pakaian... selesai masalah!

Jika terdesak, tiada salahnya menggunakan syampu untuk membersihkan lima barang ini;

Krim Pencukur

1. Krim pencukur

Jika kehabisan krim pencukur, anda boleh campurkan beberapa titis syampu dengan air dan sapu pada wajah. Buih yang terhasil sudah cukup melembapkan kulit dan bulu sehingga membuatkan ia mudah dicukur.

Selain itu, syampu juga tidak akan membuatkan pisau cukur anda berkarat.

Cuci Pakaian

2. Fabrik tertentu

Ada jenis pakaian yang sensitif dengan bahan pencuci kerana ia boleh merosakkan fabrik tetapi dengan syampu ia bukan sahaja boleh membersihkan tetapi melembutkan dan membuatkan pakaian berbau wangi.

Syampu cukup sesuai digunakan sebagai bahan pencuci untuk fabrik seperti sutera dan bulu.

Karpet

3. Karpet

Sebelum ini mungkin ramai menggunakan campuran serbuk penaik dan cuka bagi menghilangkan kotoran pada karpet tetapi cara itu meninggalkan bau menyengit daripada cuka.

Syampu adalah pilihan yang lebih menyakinkan kerana ia bukan sahaja boleh menghilangkan kotoran dengan beberapa titis syampu tetapi memberi bau wangi pada karpet.

Cuci Dapur

4. Dapur

Minyak yang merecik ketika menggoreng di dapur boleh membuatkan kerja membersih menjadi sukar. Tapi tak perlu bimbang, dengan beberapa titis syampu, ia mampu menghilangkan minyak dan kotoran degil lain di dapur anda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Maid in gumboots mopping tiled floor in kitchen. Housekeeping and home hygiene concept

5. Pembersih lantai

Jika lantai berdebu dan berminyak, campurkan air suam dengan sedikit syampu sebelum ia dibersihkan. Bukan sahaja mampu membersihkan kotoran dan minyak tetapi syampu juga boleh memberi haruman wangi pada lantai anda.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain