suria

Betul ke garam bukit lebih berkhasiat, apa bezanya berbanding garam biasa?

Garam bukit dikatakan lebih berkhasiat.

GARAM bukit adalah sejenis garam yang secara semula jadi berwarna merah yang diekstrak dari lombong garam di Khewra berdekatan dengan pergunungan Himalaya di Pakistan.

Lombong garam Khewra adalah salah satu lokasi tertua dan pengeluar garam bukit terbesar di dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Jepun hasilkan pelitup muka yang boleh dimakan... selamat dan mengenyangkan!

Healthline melaporkan garam itu yang juga disebut sebagai garam Himalaya terbentuk sejak jutaan tahun lalu menerusi proses pengewapan air gunung.

Garam di Khewra diesktrak menggunakan tangan dan diproses secara minimum untuk memastikan ia bebas daripada bahan tambahan dan dikatakan lebih berkhasiat berbanding garam biasa.



Garam bukit menjadi pilihan kerana dikatakan lebih berkhasiat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Seperti mana garam biasa, garam bukit juga terdiri daripada natrium klorida namun proses penuaian semula jadi membolehkan garam jenis itu mempunyai lebih banyak mineral dan unsur lain yang tidak terdapat dalam garam biasa.

Mineral dalam garam bukit yang memberikan warna merah namun masih tidak banyak kajian dilakukan sama ada benar dakwaan garam itu lebih berkhasiat dan ia hanya sekadar spekulasi.

Bagaimanapun sebuah kajian bertajuk 'Comparison of Salty Taste and Time Intensity of Sea and Land Sal from Around the World' menganalisis kandungan mineral daripada pelbagai jenis garam.

Hasilnya, garam biasa didapati memiliki lebih banyak natrium manakala garam bukit pula mengandungi lebih tinggi kalsium, kalium, mangnesium dan zat besi namun jumlah mineral sangat kecil.

Pun begitu masih terdapat ramai orang percaya garam bukit lebih baik untuk kesihatan seperti membantu merawat masalah pernafasan, memberi kualiti tidur lebih baik berbanding garam-garam yang lain.

Namun dapat disimpulkan bahawa tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan tentang garam bukit dan sebaik-baiknya gunalah garam apa pun tetapi ia perlu berpada-pada kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti darah tinggi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain