suria

Karya seni doodle comel, unik pada kotak makanan… walau penat tapi kerana minat BTS jadikan kerjaya! 

Rekaan doodle pada setiap bekas kotak makanan adalah berbeza mengikut kreativiti yang diketengahkan

DOODLE atau contengan animasi merupakan antara luahan karya seni yang mampu membawa maksud tersendiri.

Bukan sekadar menjadi penghias dinding atau seni lukis di kanvas semata-mata, bahkan ia sangat unik dan mencuri perhatian terutama buat golongan muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengikut kajian Jobstreet, ini senarai pekerjaan paling dicari-cari pada tahun pandemik 2021

Siapa sangka pada awalnya ingin mencuba, Shahrul Nizam Sulaiman atau lebih mesra dipanggil Tam mampu mencipta rekaan doodle yang comel dan unik pada bekas kotak makanan yang dijual pada awal Jun lalu.

Pemuda berusia 39 tahun itu, berasal dari Tanjung Tualang, Batu Gajah di Perak ini berjaya mengetengahkan konsep doodle pada kota makanan bersama isterinya Aryanti Muhammed Akhyar yang menjadi perhatian ramai.



Soto bergedil menjadi menu pertama yang dijual oleh BTS.

“ Masa raya hari tu saya teringin nak makan soto. Kebetulan pada hari minggu jiran dan kawan-kawan pun macam teringin juga, jadi isteri saya mula ambil tempahan.

“ Tak sangka sejak pada tu ramai pula yang nak. Dulu saya namakan Soto Kak Yan, bila dah ada permintaan ni, saya cuba untuk cari nama yang lebih komersial. Kebetulan anak saya memang peminat kumpulan Kpop BTS tu, dekat situ tercetus idea nama Bang Tam Sekeluarga.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Lebih menarik, pasangan ini mempunyai latar belakang dalam reka bentuk grafik dan menuntut di sebuah pengajian yang sama bertempat di Politeknik Johor Bahru.

“Saya tengok kotak makanan tu nampak kosong je bosan. Jadi saya terfikir dengan isteri untuk buat kelainan sedikit dengan lukisan doodle berbanding hanya tampal pelekat.

“ Asam laksa dan mee wantan sebagai menu tambahan yang sedia ada. Setiap kotak makanan tu kami akan lukis doodle yang berbeza.



Prototaip yang direka khas penuh dengan seni doodle.

Memiliki tiga cahaya mata, Tam turut dibantu oleh mereka dengan mewarnakan doodle pada kotak makanan tersebut agar kelihatan lebih menarik.

“ Dalam sejam dapat la saya lukis 20 hingga ke 30 kotak. Saya ada juga sediakan prototaip bagi memudahkan kerja akan datang, selesai sahaja pandemik baru boleh pergi ke peringkat seterusnya.

“ Alhamdulillah, sekarang ni dapat banyak permintaan ada yang dari Johor dan Terengganu tapi untuk masa sekarang hanya kawasan terdekat sahaja boleh kita hantar.



Tam jadikan doodle sebagai aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga.

Berkongsi cerita tiada pengalaman dalam bidang perniagaan, Tam dan isterinya berhasrat untuk menjadikan permulaan ini sebagai batu loncatan bagi mengembangkan jualan mereka.

“Walaupun penat kami tak kisah, sebab minat tu ada kan. Kami berdua harap perniagaan ni boleh dijadikan sebagai kerjaya pada masa akan datang, ” ujar pemilik Instagram Bam Tam Sekeluarga.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Berkaitan

Artikel Lain