suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak payah guna perangkap, tikus cukup takut dengan bau pudina, apa sebabnya?

Tikus cukup takut dengan bau pudina.

TIKUS adalah sejenis haiwan yang kehadirannya tidak diundang di rumah kita kerana selain gemar merosakkan barang dan mencuri makanan, ia juga mampu menyebarkan pelbagai penyakit.

Bagaimanapun, membasminya bukan perkara mudah kerana ia adalah haiwan pemusnah yang cukup licik dan bijak melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit limau jangan dibuang, ada gunanya untuk bersihkan macam-macam di rumah anda

Tetapi sebenarnya terdapat sejenis minyak yang boleh digunakan untuk menghalang tikus daripada mendekati rumah anda iaitu minyak pudina.

Meskipun penggunaan bahan semula jadi jarang berhasil namun minyak pudina dikatakan berkesan kerana ia mempunyai hubung kait dengan sifat tikus yang tidak gemar akan baunya.



Menanam pokok pudina di sekeliling rumah juga membantu menghalau tikus.

Seperti mana yang kita tahu, penglihatan tikus sangat terhad tetapi deria baunya sangat tajam. Tikus cukup sensitif dengan bau pudina yang menyengat hidungnya.

Sementara itu, anda juga boleh meletakkan pokok pudina di sekeliling rumah atau kawasan laluannya agar ia takut mendekati rumah anda.

Minyaknya pula boleh disembur atau ditaburkan di laluan atau lubang tempat dipercayai membolehkan tikus meloloskan diri masuk ke dalam rumah terutamanya dapur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dengan cara ini ia tidak akan berani mendekati rumah anda kerana bau pudina itu sudah cukup menjadi ancaman kepadanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia