suria

Rekaan ‘Infinity’ bawa tuah... karya pasangan suami-isteri ini bakal hiasi 8 stesen MRT Putrajaya

Rekaan diberi nama Infinity telah membawa tuah kepada sepasangan suami-isteri.

SEPASANG suami-isteri dari Johor muncul sebagai pemenang hadiah utama pertandingan mereka tempat duduk untuk lapan stesen bawah tanah MRT Putrajaya.

Pertandingan itu diadakan bagi menghasilkan rekaan perabot transit bagi melengkapkan rekaan seni bina stesen jalur Putrajaya yang akan siap sepenuhnya menjelang 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: WhatsApp perkenal ciri baharu, lenyapkan mesej menjengkelkan dari pandangan buat selamanya

Rekaan diberi nama Infinity itu telah dihantar oleh Jaihar Jailani Ismail, seorang pereka industri bebas dan isterinya, Noor Syahidah Abdullah yang juga seorang ahli akademik.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), pemilik projek MRT, Malaysia Design Council (MDC) dengan sokongan Malaysia Association of Industrial Designers (Pereka).

Berlangsung antara 1 Jun hingga 30 Julai 2020, pertandingan itu turut memperlihatkan penyertaan 352 peserta dengan 569 rekaan dihantar melibatkan golongan profesional, pelajar dan orang awam.

Pasangan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.



Jaihar dan Syahidah membawa pulang hadiah RM10,000.

"Rekaan Infinity itu adalah tempat duduk sosial yang inklusif bagi mempromosikan reka bentuk, seni dan budaya," kata Jaihar.

Reka bentuknya juga kata Jaihar turut mengambil kira pelbagai aspek termasuk fungsinya.

Sementara itu, pemenang tempat kedua, Muhammad Nazli Karamazaman yang memasukkan elemen kraftangan tradisional dalam rekaannya membawa pulang hadiah RM7,000.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Manakala Ng Wai How dan Yap Qiang Mei, yang membentuk pasukan WHDY, mendapat tempat ketiga dengan rekaan "bangku X-Seat" dan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Untuk penyertaan terbaik dalam kategori pelajar, Kamarul Azizi Kamarul Azhan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membawa pulang RM5,000 menerusi rekaan diberi nama Koreusi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain