suria

Rakam gambar sesuatu yang anda ingin kekalkan sehingga tahun 2121 dan menang hadiah menarik dari OPPO

OPPO menawarkan hadiah menarik dan lumayan menerusi pertandingan terbaharu anjuran mereka.

ANEKA makanan enak serta keindahan panorama serta pulau-pulau yang ada di negara ini, dapat kita simpulkan bahawa Malaysia sememangnya bumi bertuah.

Pada masa ini kita semestinya berbangga dengannya, tapi tak semua yang kita suka akan kekal selamanya.

Generasi akan datang mungkin tidak dapat menikmati keindahan Langkawi sebagaimana yang dapat kita lihat sekarang, dan tak mustahil nasi lemak juga akan berubah suatu hari nanti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Haiwan-haiwan unik yang ada pada hari ini juga mungkin akan pupus tidak lama lagi.

Menyedari situasi ini, pengeluar telefon bimbit OPPO ingin mengajak anda merakam gambar apa sahaja yang ingin anda kekalkan sehingga tahun 2121.

Bak pepatah, sekeping gambar menyimpan 1001 kisah di sebaliknya.

Jadi, cara terbaik untuk merakam detik dan kenangan tentunya dengan menggunakan OPPO Find X3 Pro, satu-satunya telefon pintar di dunia yang mampu menangkap dan memaparkan satu bilion warna dalam gambar.

Ia memiliki sistem warna 10-bit dari sistem kameranya, hingga pemprosesan dan penyimpanan serta paparannya.

Terbuka kepada pengguna OPPO dan pengguna bukan-OPPO, peraduan 'OPPO 2121 Malaysia Future Photography' menjemput anda untuk merakam satu perkara di Malaysia yang anda mahu kekalkan sehingga tahun 2121.

Anda bebas merakam apa saja - sama ada lokasi kegemaran, makanan, tumbuh tumbuhan atau individu kegemaran.

Bermula 25 Mei hingga 25 Jun 2021, peserta boleh memilih untuk merakamkan gambar subjek berdasarkan tiga kategori iaitu alam semulajadi, bandar atau landskap dan kemanusiaan (potret dan budaya).

Setelah berpuas hati dengan gambar masing-masing, anda boleh memuat naik karya ke Instagram bersama tanda pagar #DearFuture2121 #MalaysiaFuture2121.

Jika gambar dirakam menggunakan telefon pintar OPPO, anda juga boleh menyertakan tanda pagar #ShotonOPPO.

Pemenang mingguan akan dipilih dan berpeluang memenangi OPPO Enco Buds dan disenarai pendek untuk hadiah utama di pusingan akhir yang mana mereka berpeluang memenangi hadiah yang menarik!

Langkah-langkah:

Langkah 1: Pilih kategori tema yang menarik minat anda.

Peserta digalakkan mengambil bahagian dalam lebih daripada satu kategori.

Langkah 2: Ambil gambar asli yang paling sesuai dengan tema yang dipilih.

Langkah 3: Muatnaik gambar di Instagram (feed) dengan empat tanda pagar (hashtag):

i. #DearFuture2121

ii. #MalaysiaFuture2121

iii. Hashtag dari kategori tema pilihan anda seperti yang tertera di bawah.

iv. Hashtag TheStarxOPPO

Langkah 4: Tag @oppomalaysia. Pastikan profil Instagram anda ditetapkan pada mod ‘Public’ agar posting penyertaan dapat dilihat.

*Jika anda pengguna OPPO, tambah tanda pagar #shotonOPPO dan pastikan fungsi watermark OPPO (jika ada) di tetapan kamera anda diaktifkan sebelum mengambil gambar.

Pemilihan Pemenang

Pemenang Mingguan x3 (x1 untuk setiap kategori) - OPPO Enco Buds

Hadiah Utama - OPPO Find X3 Pro

Hadiah Kedua - OPPO Reno5 F

Hadiah Ketiga x3– OPPO Band

Pemenang Hadiah Utama dari laman web rakan kongsi yang mengambil bahagian secara automatik akan memenangi Hadiah Utama:

Hadiah Utama: RM5,000

Hadiah ke-2: RM3,000

Hadiah ke-3: RM1,500

Hadiah ke-4: RM850

Hadiah ke-5: RM500

Untuk maklumkat lanjut sila layari MalaysiaFuturePhotographyContest

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain