suria

Bukan sekadar melaram, pose cantik... apa sebenarnya ‘tugas’ bridesmaid ketika hari bahagia anda?

Bukan sekadar memeriahkan gambar, tapi banyak sebenarnya tugas yang perlu dilunaskan oleh bridesmaid ketika hari perkahwinan.

SELAIN pengantin yang menjadi tumpuan utama, kehadiran sekumpulan gadis yang mengiringi pasangan raja sehari turut menjadi elemen penting dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Bagaikan menjadi trend, tidak lengkap sesebuah majlis itu tanpa kehadiran bridesmaid yang diibaratkan seperti 'pari-pari' kepada pasangan yang diraikan.

Namun, apa sebenarnya fungsi mereka? Malah, pernah timbul isu sebelum ini apabila bridesmaid sekadar melaram dan sakan bergambar sehingga mengabaikan tugas sebenar mereka.

1) Nama pun Maid!

Terjemahan terus perkataan bridesmaid membawa maksud pembantu atau pengiring pengantin. Jadi sudah tentu tugas utama mereka adalah untuk membantu pengantin.

Bukan sekadar mengangkat dulang hantaran dan memeriahkan gambar, bridesmaid perlu memastikan pengantin sentiasa kelihatan kemas dan cantik.

Selain memastikan busana yang dipakai pengantin sentiasa kelihatan sempurna, bridesmaid juga perlu memastikan solekan pengantin tidak kelihatan bercapuk.

Ketika berada di atas pelamin, salah seorang daripada bridesmaid perlu bersedia dengan tisu mahupun span untuk memastikan solekan pengantin tidak rosak terkena peluh.

2) Pemudah cara ketika majlis

Jangan fikir tugas mereka sekadar bersedia untuk kelihatan cantik sahaja, sebaliknya bridesmaid perlu peka dan ambil tahu mengenai perjalanan majlis itu.

Bridesmaid perlu memastikan pengantin berada dalam keadaan bersedia dan pakaian mereka kelihatan sempurna. Foto: Syazana Shukor.

Paling penting, mereka juga perlu tahu peta ke rumah atau lokasi majlis kahwin. Pastinya pengantin tiada masa untuk menjawab mesej mahupun panggilan yang bertanyakan arah.

Jadi, ini merupakan salah satu peranan penting bridesmaid untuk membantu dari sudut navigasi dengan menjawab segala mesej dan panggilan demi kelancaran sesebuah majlis itu.

3) Penyambut tetamu

Selain bergambar dan bersanding bersama-sama pengantin, barisan gadis yang menjadi bridesmaid boleh membantu untuk menyambut tetamu termasuklah menguruskan doorgift buat mereka.

Jika ada tetamu yang mencari ibu atau bapa pengantin untuk bersalaman dan sebagainya, bridesmaid perlu tunjukkan di mana keberadaan mereka.

4) Pastikan keselamatan barang milik pengantin

Apabila melangsungkan majlis perkahwinan di rumah misalnya, pasti ramai individu yang keluar dan masuk sepanjang hari. Malah, pernah berlaku kejadian barangan milik pengantin dan keluarga pengantin yang dicuri oleh tetamu.

Selain mengangkat dulang hantaran, bridesmaid juga boleh membantu dalam agihan doorgift untuk tetamu. Foto: Syazana Shukur.

Sepanjang majlis, bridesmaid perlu menjaga barangan milik pengantin seperti telefon, dompet dan barang-barang berharga yang lain.

5) Penambah seri

Selain tugas-tugas yang memerlukan tenaga ketika majlis berlangsung, bridesmaid juga diperlukan untuk menaikkan seri foto di hari bahagia.

Bukan sahaja di atas pelamin, bridesmaid juga biasanya akan dibawa bersama ketika sesi photoshoot outdoor.

Pada waktu inilah mereka perlu menunjukkan bakat dengan berposing dan memberikan pelbagai ekspresi wajah menarik untuk diabadikan sebagai kenangan.

Tanpa bridesmaid, pastinya foto pengantin kelihatan kosong dan tidak meriah.

Yang penting, fahami tugas masing-masing dan jangan fikir untuk bergaya, selfie dan tayang muka semata-mata.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain