suria

Penghidu ketiak, tukang peluk antara 9 pekerjaan pelik di dunia

Mungkin kedengaran menjijikkan tetapi pekerjaan sebagai penghidu ketiak wujud di dalam dunia ini.

TERDAPAT pelbagai pekerjaan di dunia ini - ada yang hebat dan disanjung, ada pula sekadar biasa-biasa.

Tapi dalam hebat dan biasa-biasa, sebenarnya terdapat pekerjaan luar biasa dan tidak disangka-sangka wujud dalam dunia ini malah ia dianggap pelik serta tidak ramai sanggup untuk melakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cecah RM280 juta! Patutlah termahal di dunia, 4 kereta ini ada sejarah tersendiri

Berikut adalah beberapa jenis pekerjaan yang dianggap luar biasa di dunia.

1. Penyelam mencari bola golf

Tidak pernah dengar pekerjaan ini? Apa yang pasti ia wujud. Penyelam mencari bola golf adalah pekerjaan di mana mereka perlu mengutip bola golf yang terjatuh ke dalam kolam.

Ia bukan kerja yang senang seperti disangka kerana terdapat pelbagai cabaran dan perkara yang tidak ingin dilihat berada di dalam kolam tersebut.

2. Penguji katil

Terdapat syarikat dan hotel yang membayar anda untuk mencuba katil mereka. Anda perlu tidur di atasnya dan menulis laporan tentang pengalaman anda. Pelik tapi kedengaran menyeronokkan!

3. Tukang berbaris

Benci berbaris untuk membeli sesuatu? Jangan bimbang, upah tukang berbaris profesional. Ya, pekerjaan itu wujud!

4. Penguji gelongsor air

Pekerjaan yang satu ini kedengaran menyeronokkan tetapi sebenarnya tidak. Fahami bahawa anda akan menjadi orang pertama mencuba sesuatu gelongsor air yang baru siap dibina.

Sebarang kerosakan (yang boleh membahayakan nyawa) anda akan merasainya terlebih dahulu. Berbahaya, bukan?

5. Penyentuh wajah

Ini benar-benar pekerjaan yang pelik! Penyentuh wajah biasanya akan bekerja untuk syarikat penjagaan kulit. Mereka tidak ditugaskan menghasilkan produk tetapi golongan ini akan menyentuh wajah orang yang mencuba produk baharu untuk melihat sebarang perubahan yang berlaku.

6. Tukang peluk profesional

Jangan takut berasa keseorangan selepas ini. Ada tukang peluk profesional di luar sana yang akan menemani anda. Tapi jangan lupa bayar, ya?

7. Penguji makanan haiwan

Haiwan adalah sahabat manusia dan kita perlu pastikan mereka makan makanan yang sedap dan berkhasiat. Atas sebab itu, wujud pekerjaan sebagai penguji makanan haiwan bagi memastikan ia selamat dimakan oleh haiwan peliharaan anda.

8. Penghidu ketiak

Ini barangkali adalah pekerjaan yang menjijikkan tetapi apa sebabnya ia wujud? Penghidu ketiak bertugas untuk pengeluar deodoran bagi memastikan kualiti produk dikeluarkan.

Mereka menghidu ketiak responden yang menggunakan deodoran keluaran mereka untuk menentukan apakah ia berkesan menghilangkan bau badan.

9. Penghidu tisu

Anda mungkin perasan tisu yang anda gunakan sama ada mempunyai bau atau pun tidak. Ucapkan terima kasih kepada penghidu tisu kerana mereka ini yang memastikan tisu yang digunakan tidak mempunyai bau yang pelik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain