suria

4 bahan di dapur rumah anda ini mampu menghalau cicak jauh-jauh!

Terdapat pelbagai cara untuk menghalau cicak daripada rumah anda.

SIAPA sahaja yang tidak berasa takut dan geli apabila ternampak cicak yang tiba-tiba menempel di dinding rumah! Kehadirannya cukup mengganggu malah boleh mendatangkan kekecohan terutamanya bagi yang fobia dengan haiwan ini.

Untuk menghalau cicak daripada menjadikan rumah anda sebagai sarang, terdapat pelbagai cara boleh digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Warna api boleh beri petunjuk dapur gas anda selamat atau bermasalah... jom periksa!

Berikut adalah lima cara efektif untuk menghalau cicak daripada terus membelenggu hidup anda.

1. Kulit telur

Jika anda memasak telur, kulitnya jangan dibuang kerana ia boleh digunakan untuk menghalau cicak dengan meletakannya di tempat laluannya.

Ini kerana cicak tidak suka dengan bau telur dan akan menjauhkan diri daripadanya.

2. Bawang putih

Aroma bawang putih dapat menghalau cicak kerana baunya cukup dibenci haiwan itu. Caranya mudah, gantungkan beberapa buku bawang putih di dapur atau bilik. Memang cicak tak berani datang dekat.

3. Kopi dan tembakau

Cicak juga tidak gemar akan bau kopi dan tembakau. Jadi apa kata anda campurkan kedua-dua bahan itu dan balut dalam kain nipis. Gantung di tempat yang banyak cicak.

Ia bukan sahaja dapat menghalau cicak tetapi membunuhnya. Jadi bersedialah untuk mengutip bangkai cicak.

4. Lada hitam

Taburkan lada hitam di kawasan yang sering menjadi tumpuan cicak dan ia tidak akan menghampiri kawasan itu lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain