suria

Awas! Walau beri kesan menakjubkan tapi tak semua benda sesuai disental dengan cuka

Cuka memang mempunyai pelbagai kegunaan tetapi ia tidak boleh digunakan untuk semua benda.

CUKA tak hanya digunakan sebagai bahan masakan malah ia juga banyak dijadikan sebagai bahan pembersih kotoran seperti peralatan dapur sehinggalah perabot di rumah.

Hanya mencampurkan cuka, air dan sabun pencuci pinggan, ia boleh menyental kotoran di dapur dengan mudah selain mencuci lantai bilik air.

ARTIKEL BERKAITAN: Warna api boleh beri petunjuk dapur gas anda selamat atau bermasalah... jom periksa!

Bagaimanapun tidak semua benda di dalam rumah anda boleh dibersihkan dengan cuka kerana sifat asid boleh merosakkan sesuatu permukaan.

Ini termasuklah mencampurkan cuka dengan pencuci lantai bagi membersihkan permukaan lantai batu marmar atau granit.



Mencuci lantai menggunakan campuran cuka akan menghilangkan kilauannya.

Ini kerana, asid pada cuka akan membuatkan permukaan lantai batu marmar atau granit hilang kilauannya.

Selain itu, elakkan juga membersihkan pisau atau benda logam seperti sudu atau senduk dengan cuka. Kesannya, ia akan membuatkan barangan itu mudah berkarat selain pisau cepat tumpul.

Dalam pada itu, jangan sesekali cuba membersihkan bekas yang sudah tercampur dengan telur kerana cuka akan memberi reaksi terhadap telur dan membuatkan kesan kotoran bertambah sukar dihilangkan.

Paling penting, jangan sesekali menggunakan cuka dengan apa sahaja campuran dengan tujuan untuk membersihkan perabot atau meja kayu. Buruk padahnya!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain