suria

Jutawan kaki perempuan Danny Lambo peluk Islam selepas kejadian sesat di Jeddah, menangis depan Kaabah

Danny peluk Islam selepas berkunjung ke Arab Saudi.

HIDAYAH Allah tidak mengenal sesiapa.

Apabila tiba waktunya, pintu hidayah akan dibuka kepada mereka yang dikehendaki-Nya tanpa mengira usia, pangkat mahupun status kekayaannya.

Baru-baru ini, jutawan Britain, Danny Lambo, 37, yang terkenal dengan gaya hidup mewah mengejutkan ramai apabila dia mengumumkan sudah memeluk Islam.

"Memang benar apa yang mereka katakan. Anda tidak pernah tahu perjalanan hidup anda. Saya pergi ke Riyadh untuk urusan perniagaan dan selesai awal.

"Saya sepatutnya menonton perlawanan akhir Formula Satu (F1) kerana diberikan tiket VIP oleh seorang kawan tapi saya tak dapat hadir. Namun ada 'sesuatu' dalam kepala saya menyuruh saya melawat Jeddah.

"Jadi saya menaiki kapal terbang, selepas tiba saya sesat di lapangan terbang," ujarnya memulakan cerita.

Insan yang mengubah kehidupan

Ketika sedang mencari jalan, Lambo berkata dia bertemu dengan seorang individu yang akrhinya membuka matanya untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.

"Saya bertemu dengan Abdul Basit, seorang pelajar Universiti Madinah. Dia merupakan orang yang paling ikhlas dan jujur yang pernah saya temui dalam hidup saya.

danny2

Abdul Basit merupakan insan penting dalam perjalanan kerohanian Lambo.

"Dia memberitahu saya Tuhan (Allah) membawa saya di sana dan saya benar-benar merasakan saya berada dalam perjalanan rohani untuk mencari makna sebenar kehidupan.

"Dia membawa saya ke Kaabah, menunjukkan kepada saya langkah demi langkah, perkataan demi perkataan bagaimana melakukan ibadah umrah dan kini dia mengubah hidup saya selama-lamanya.

"Ia pengalaman yang penuh emosi. Saya telah kembali ke London sebagai seorang Muslim yang baru dilahirkan," ujarnya lagi.

Lambo yang sebelum ini terkenal dengan sikap kaki perempuan (playboy) turut berkongsi fotonya ketika dia mengerjakan umrah di tanah suci Makkah.

Malah, Lambo turut dilihat mengalirkan air matanya ketika berada tanah suci.

Siapa Danny Lambo?

Mungkin masih ramai yang tidak mengenali Lambo secara mendalam.

Lambo sebenarnya mula terkenal selepas dia menyertai program realiti televisyen The X Factor musim ke-14 pada 2017.

danny3

Lambo sifatkan kunjungannya ke tanah suci sebagai perjalanan penuh emosi.

Lambo yang berasal dari Croydon, terkenal dengan sikapnya yang megah dan minat terhadap kemewahan.

Dia juga obses terhadap kereta mewah Lamborghini sehingga sanggup menukar namanya daripada Danny Kern kepada Danny Lambo.

Paling menarik, Lambo berkata dia pernah dipandang rendah oleh gurunya yang menganggap dia akan meninggalkan sekolah tanpa apa-apa kelayakan.

Danny membuktikan sebaliknya apabila dia meraih kejayaan luar biasa dengan bergelar jutawan hasil perniagaan yang diusahakannya.

Perniagaan hotel Lambo yang berkembang pesat di London adalah sumber utama pendapatannya, yang dianggarkan lebih daripada £50 juta (RM299.97 juta).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain