suria

Hikmah hilang kerja akibat Covid-19, pemuda OKU kini seronok jadi rakan pemandu Lalamove... Siap boleh bayar pinjaman kereta!

Azmeen yang aktif bersukan kini bertugas sebagai rakan pemandu Lalamove.

MELIHAT dari segi luaran, pemuda ini kelihatan sama seperti individu lain, namun hakikatnya dia merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Namun, kekurangan diri itu langsung tidak menjadi penghalang buat pemuda bernama Muhammad Al Azmeen untuk menikmati kehidupan normal seperti insan lain.

Dalam situasi ketika ini di mana segala-galanya memerlukan kos, pekerjaan ekonomi gig dilihat sebagai peluang yang mudah diakses, fleksibel selain mampu memberikan pendapatan yang baik.

Justeru, pemuda yang berasal dari Shah Alam, Selangor ini nekad memilih untuk menjadi rakan pemandu Lalamove sejak 2020.

Bagi Azmeen, dia melihat pekerjaan itu membuka peluang untuk dirinya terus berdikari tanpa belas ihsan orang lain selepas hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Atlet cemerlang dan cef berpengalaman

Berkongsi mengenai latar belakang dirinya, anak kedua daripada tiga adik-beradik ini sememangnya sangat aktif dalam bidang sukan sejak di bangku sekolah.

Tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik, malah bakat Azmeen turut menyinar sebagai atlet kebanggaan sekolah.

lalamove 2

Status OKU langsung tidak menjadi penghalang untuk Azmeen aktif dalam bidang sukan.

Sering menjuarai pelbagai pertandingan sukan, dengan pencapaian yang paling membanggakan dan meninggalkan kenangan manis adalah menjadi wakil negeri Selangor untuk Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) dalam acara 4x100 meter.

Selepas menamatkan persekolahan, Azmeen terus melangkah ke hadapan dengan menceburi bidang kulinari dan hospitaliti di sebuah universiti.

Mengakui bidang berkenaan menghidangkan pelbagai cabaran buat dirinya, namun ia tidak menjadi halangan sepenuhnya untuk Azmeen berjaya dalam bidang masakan.

Berkat usaha tanpa lelah serta berbekalkan ilmu yang diperoleh, Azmeen membina kerjaya sebagai tukang masak dan menimba banyak berpengalaman bekerja di pelbagai restoran, dari restoran makanan segera sehingga katering.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19.

Menurut Azmeen, seperti majoriti individu lain, kerjayanya tidak terkecuali turut terjejas.

Bertitik tolak daripada ujian yang menimpanya, Azmeen kembali bangkit dan mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove pada awal 2020.

Bermula kehidupan rakan pemandu OKU

Terdapat ungkapan menyatakan, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Kini diam tidak diam, sudah empat tahun Azmeen bergelar rakan pemandu Lalamove.

lalamove 3

Azmeen sudah empat tahun bergelar rakan pemandu Lalamove.

Bersemangat berkongsi mengenai rutin tugasnya, Azmeen berkata jadualnya bermula pada pukul 11 pagi setiap hari.

Dia akan mengambil pesanan di sekitar kawasan Shah Alam sebelum pulang ke rumah pada sebelah petang.

Menurut Azmeen, jadual kerja yang fleksibel secara tidak langsung membolehkan dia meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Bukan sekadar itu, antara faktor yang membuatkan dirinya teruja bergelar rakan pemandu adalah disebabkan banyak faedah dan manfaat yang dinikmatinya sejak menyertai Lalamove.

lalamove 4

Keluarga merupakan tulang belakang yang sentiasa menyokong Azmeen.

"Dengan pendapatan sebagai rakan pemandu Lalamove, saya boleh membiayai pinjaman kereta dan kos-kos lain tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

"Saya juga bersyukur kerana Lalamove tidak mengenakan sebarang komisen untuk semua rakan pemandu OKU.

"Ini adalah antara kelebihan yang ditawarkan oleh Lalamove untuk menyokong usaha pemandu OKU," kata Azmeen lagi.

Tambah pemuda ini lagi, selain faedah dan manfaat yang ditawarkan Lalamove, antara pengalaman menyeronokkan sepanjang bergelar rakan pemandu adalah bertemu dengan pelanggan yang baik hati dan pemurah.

"Paling seronok, ramai pelanggan murah hati beri ‘duit raya’ sebagai tip.

"Jadi jangan takut untuk cuba menjadi rakan pemandu Lalamove. Banyakkan bersabar dan anda akan faham kerjaya ini dengan baik," demikian kongsi Azmeen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain