suria

Rangkul RM50,000, guru Kimia mahu bina Hub Pedalaman Makers... fokus bidang robotik dan pengekodan

Anuthra mahu membina 'Hub Pedalaman Makers' dan mengembangkan Pusat Inovasi Tenom.

GURU umpama pelita yang menyinari kehidupan!

Sikap dedikasi yang diterjemahkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP) bukan hanya mewujudkan impak terhadap pelajar tetapi turut memberi kesan kepada komuniti luar.

Begitulah yang dilakukan Anuthra Sirisena, seorang pendidik dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa di Tenom, Sabah.

Menerusi profesion perguruan yang diceburi, beliau telah mengintegrasikan teknologi dan gamifikasi iaitu pendekatan yang menggunakan kaedah permainan dalam proses PnP dalam bilik darjahnya sehingga berjaya menjadikan SMJK Chung Hwa sebagai 10 sekolah terbaik untuk Kimia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah.

Malah beliau merupakan pengasas bersama Pusat Inovasi Tenom (TIC), sebuah ruang pembuat yang telah melatih lebih 2,000 guru dan pelajar dari sekolah luar bandar dalam bidang robotik dan pengekodan.

Profesion perguruan sebati dengan jiwa Anuthra.

Profesion perguruan sebati dengan jiwa Anuthra.

Susulan penglibatan dan pencapaian yang diberikan itu, beliau dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize 2022 yang julung kali diadakan dengan anugerah bernilai RM50,000.

Sebagai pemenang anugerah sulung, Anuthra berharap dapat menggunakan wang itu untuk mengembangkan TIC dan membina 'Hub Pedalaman Makers', yang akan menghubungkan empat daerah di pedalaman Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalah di mata juri, menang di hati warga TikTok! Graduan fesyen terkejut, ramai tempah tas tangan batik walau gagal pertandingan

"Saya berasa rendah hati kerana menjadi pemenang Hadiah Guru Malaysia yang pertama. Menjadi seorang guru merupakan keghairahan dalam diri saya.

"Justeru saya amat berbangga dengan pencapaian yang telah saya dan pelajar capai.

Pelajar terlibat diajar teknik pengekodan dan robotik menerusi TIC.

Pelajar terlibat diajar teknik pengekodan dan robotik menerusi TIC.

"Saya juga rasa berbangga kerana dapat mewakili rakan-rakan dalam memartabatkan profesion perguruan di Malaysia," katanya yang telah menceburi dunia robotik sejak tahun 2017.

Dedikasi Anuthra terhadap profesion dan memastikan setiap pelajar dalam bilik darjah mencapai potensi penuh adalah mengagumkan.

Kemenangan yang membolehkan beliau meraih RM50,000 itu adalah hasil inovasi di dalam bilik darjah yang dilakukan sehingga pelajar sekolah berkenaan sering mendapat keputusan terbaik dalam subjek Kimia.

Anugerah anjuran Pemimpin GSL dengan sokongan Yayasan YTL mengiktiraf sumbangan cemerlang guru di seluruh negara dan merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 Yayasan YTL tahun ini.

Terdahulu, Hadiah Guru Malaysia ialah anugerah tahunan yang meraikan guru-guru Malaysia dan direka bentuk untuk menyokong usaha mereka dalam mewujudkan impak yang mampan bukan sahaja untuk pelajar tetapi komuniti di luar sekolah. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain