suria

Nampak serius tapi Ismail Sabri suka menyakat anak isteri... Chelsea dan Hael Husaini antara info menarik PM ke-9

Foto kiri Ismail Sabri bergaya pada sidang media, foto tengah Ismail Sabri bersama cucu, Jeanelle dan foto kanan Ismail Sabri merupakan penyokong Chelsea.

TEKA-teki akhirnya terjawab mengenai siapa yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9, tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pelantikan Ahli Parlimen Bera itu sebagai perdana menteri yang baharu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Umum mengetahui anak kelahiran Temerloh, Pahang merupakan Naib Presiden Umno dan menyertai jemaah menteri sejak 2008 serta mengetuai beberapa kementerian sehingga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki akhirnya terjawab...Ismail Sabri sah PM ke-9

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri... Ini 10 fakta yang perlu anda tahu mengenai PM ke-9

Jom kita tinjau sisi lain bekas peguam lulusan undang-undang dari Universiti Malaya (UM) yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini.

Menantu Ismail Sabri iaitu pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berkongsi info menarik mengenai perdana menteri yang baharu.

Berikut adalah 10 info menarik mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:

1. Warna kegemarannya adalah biru kerana merasakan rona itu boleh membuatkan beliau kelihatan muda.

2. Dari segi gaya, Ismail Sabri suka mencuba sesuatu yang baharu, very adventurous, suka kelihatan muda dan ceria serta tidak takut bermain dengan warna.

ismail sabri hael jamal

Hael Husaini (kiri) dan Jamal Abdillah merupakan penyanyi kesukaan Ismail Sabri.

3. Kelihatan serius dan tenang di khalayak, namun beliau lebih relaks apabila berada di rumah di mana dan suka bergurau serta menyakat isteri dan anak-anak.

4. Kuat makan! Menyukai masakan patin tempoyak, singgang, nasi kerabu dan nasi dagang.

ismail sabri cucu

Ismail Sabri bersama cucu, Jeanelle. foto instagram ninaismailsabri

5. Aktiviti masa lapang di rumah adalah menonton Netflix, bermain dengan cucu dan membaca.

6. Bercuti bersama keluarga adalah cara paling digemarinya untuk mengisi masa lapang.

ismail sabri keluarga

Ismail Sabri (duduk, dua kanan) bersama keluarga. foto instagram jmandagie

7. Mempunyai bakat terpendam iaitu menyanyi dan beliau memang suka menyanyi.

8. Penyanyi kesukaannya adalah Bee Gees, Eric Clapton dan Michael Buble. Pilihan penyanyi tempatan pula Datuk Jamal Abdillah dan Hael Husaini, termasuk anak beliau, Dafi.

ismail sabri chelsea

Ismail Sabri merupakan penyokong setia Chelsea. foto Twitter IsmailSabri60

9. Cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia empat tahun adalah cahaya mata sulung anak perempuannya, Datin Nina Sabrina bersama Jovian Mandagie. Jeanelle memanggilnya Atuk dan beliau suka melayan Jeanelle menyanyi serta menari.

10. Ismail Sabri meminati sukan bola sepak, malahan beliau adalah penyokong setia Chelsea!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain