suria

Lelaki ini ajar buat baja kompos tanpa undang haiwan perosak, tak bau busuk! Lepas 2 minggu dah boleh guna

Lelaki ini menunjukkan cara untuk membuat baja kompos sendiri di rumah.

SESIAPA yang gemar bertani atau berkebun pasti sudah tidak asing lagi dengan konsep baja kompos.

Baja kompos adalah hasil pereputan bahan-bahan organik, kandungannya tinggi dengan nutrien yang boleh merancakkan tumbesaran tanaman.

Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Tarique Syahman mendedahkan cara mudah untuk membuat baja kompos sendiri di rumah,

Ayuh kita lihat bagaimana caranya! Kini anda tidak perlu lagi membeli baja kompos di nurseri.

Teknik untuk membuat baja kompos.

Sisa dapur

Menurut Tarique, dia biasanya menggunakan sisa-sisa dapur yang berasaskan tumbuhan seperti kulit buah, lebihan sayur atau selaput bawang.

Sisa dapur seperti perut ayam, lebihan ikan yang disiang atau organ dalaman lembu boleh juga dijadikan baja kompos tetapi tidak digalakkan kerana boleh mengundang haiwan perosak seperti lalat dan tikus.

Tapak pengkomposan

Tarique menyimpan sisa-sisa dapur itu di dalam ruang penyimpanan bawah tanah yang diubah suai.

Mengapa di bawah tanah? Kerana cara itu boleh mengelakkan bau busuk pereputan makanan daripada merebak ke luar.

Pinggan besi tahan karat digunakan untuk menutup tapak pengkomposan.

Selain itu, di rumah Tarique juga ada monyet dan jika sisa dapur dibiarkan dikompos di luar, ia akan bersepah apabila digeledah haiwan itu.

Sisa dapur akan dibiarkan dikompos di bawah tanah selama selama dua minggu sebelum boleh dibawa keluar untuk dijadikan baja tanaman.

Anda boleh membuat beberapa tapak pengkomposan serentak agar bekalan baja kompos mencukupi.

Bahan-bahan yang diperlukan.

Cara membuat tapak pengkomposan

Anda hanya memerlukan dua bahan iaitu bakul sampah berjaring yang diperbuat daripada plastik dan pinggan besi tahan karat (stainless steel).

Pertama, potong keseluruhan bahagian atas bakul sampah itu, seperti dalam gambar di bawah, anda hanya memerlukan bahagian atas bakul sampah itu sahaja.

Cara untuk memasang tapak pengkomposan.

Kemudian gali lubang di tanah mengikut ukuran bakul sampah yang sudah dipotong itu, lubang tidak perlu terlalu dalam.

Gali lubang sehingga bakul sampah itu dapat dimuatkan masuk ke dalam tanah secara 'ngam-ngam'.

Kemudian tutup lubang itu menggunakan pinggan besi 'stainless steel' tadi, kini tapak pengkomposan anda sudah sedia untuk digunakan.

Bagi mengelakkan air hujan daripada bertakung di dalam pinggan itu dan menjadi tempat pembiakan nyamuk, boleh masukkan lebihan tanah ke dalam pinggan tersebut.- Tarique Syahman

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain