suria

Hari-hari sapu ‘sunscreen’ tapi kulit tetap terdedah sinar UV? Semak dulu cara pakai yang betul, takut salah teknik

Orang ramai dinasihatkan pakai krim pelindung matahari demi penjagaan kulit. (Gambar hiasan, Freepik)

KEPENTINGAN utama krim pelindung matahari atau 'sunscreen' adalah untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari yang berbahaya.

Ia juga dapat melindungi protein yang ada di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen.

Selain itu ia dapat memastikan kulit sentiasa kekal lembap dan tidak kering hingga merekah.

attractive freshness asian woman clean face fresh water with care look to mirror in bathroom home background

Krim pelindung matahari boleh menghalang dari terjadinya penyakit kulit. (Gambar hiasan, Freepik)

Walaupun begitu, ramai yang sudah mengamalkan krim pelindung matahari tetapi masih mengalami kulit yang bermasalah, mengapa agaknya?

Pakar kulit dan pengasas Digital Skin Clinic (@skynfyx), Dr Ingky, ada jawapannya.

Ayuh lihat dan perbetulkan semula cara kita meletakkan krim pelindung matahari pada wajah.

Berikut adalah kesilapan yang sering dilakukan orang ramai.

cara pakai sunscreen

Krim pelindung matahari tidak boleh dipakai sewenang-wenangnya. (Gambar hiasan, Freepik)

1) Tidak menggunakan krim pelindung matahari secukupnya

Amaun yang terbaik untuk meletakkan krim pelindung matahari di wajah adalah dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah untuk meletakkannya, dua calitan.

2) Tidak kerap meletakkan krim pelindung matahari

Sebenarnya anda perlu meletakkan krim pelindung matahari setiap dua jam, terutamanya selepas berpeluh dan berenang.

3) Mengharapkan kepada faktor perlindungan matahari dalam solekan semata-mata

Kandungan perlindungan matahari (SPF) dalam solekan yang dipakai tidak cukup.

Harus diletakkan juga krim pelindung matahari sebelum memakai solekan yang mempunyai SPF.

4) Jangan campur-campur krim pelindung matahari

Mencampurkan krim pelindung matahari yang menggunakan bahan kimia dengan yang berasaskan mineral adalah sangat tidak digalakkan, ia mengurangkan keberkesanannya untuk menepis sinaran Ultraviolet (UV).

Solekan sahaja tidak mencukupi untuk melindungi wajah dari sinaran matahari yang berbahaya. (Gambar hiasan, Freepik)

5) Meletakkan pelembap muka di atas krim pelindung matahari

Sebenarnya anda perlu memakai krim pelembap mula dahulu sebelum diakhiri dengan krim pelindung matahari.

6) Bahagian badan lain juga memerlukan krim pelindung matahari

Bukan wajah sahaja yang perlu dipakaikan krim pelindung matahari, sebaliknya semua bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari.

7) Tak pakai krim pelindung matahari sebab cuaca tak panas

Walaupun cuaca tak panas, sebenarnya 80 peratus cahaya matahari dapat memberi kesan kepada kulit.

8) Cara simpan krim pelindung matahari salah

Anda perlu sentiasa meletakkan krim pelindung matahari jauh dari tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, panas dan lembap.

Jika dibiarkan di situ, ia akan mengurangkan keberkesanan krim pelindung matahari sehingga kosong!

Sebagai makluman, krim pelindung matahari yang terbaik adalah produk yang mempunyai kandungan SPF 50, tekstur seperti air, tak melekit dan ringan pada kulit supaya sesuai untuk semua jenis kulit. - Dr Ingky

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain