suria

Keliru yang mana satu baik untuk kesihatan, mandi air panas atau air sejuk? Doktor beri penjelasan

Air panas dan air sejuk masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan. -Gambar hiasan

KERAP kita dengar mengenai topik mandi air panas atau sejuk yang mana lebih membawa manfaat kepada tubuh.

Air panas dikatakan boleh memberikan tenaga tambahan kepada badan yang lesu manakala ada pula yang menyatakan air sejuk boleh menenangkan fikiran.

Jadi apakah kebenaran yang sebenarnya?

Menurut Dr Ahmad Samhan Awang, kedua-dua air panas dan air sejuk mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri, terpulang kepada individu itu untuk menentukan pilihan yang terbaik.

Berikut disenaraikan beberapa kebaikan dan keburukan air sejuk.

Air sejuk boleh membantu mengurangkan stres. (Gambar hiasan, Freepik)

Kebaikan air sejuk

1) Membaiki aliran darah

Air sejuk ternyata boleh melancarkan pengaliran darah.

2) Merendahkan tahap kortisol

Kortisol adalah sejenis hormon yang dilepaskan oleh tubuh sebagai respons kepada keadaan stres.

3) Mengurangkan rasa sakit

Berdasarkan reviu yang dilakukan pada 2014, pendedahan kepada air sejuk boleh menggerakkan respons kesakitan automatik yang disebut sebagai stress-induced analgesia (SIA).

Persekitaran sejuk merupakan musuh imunisasi badan. (Gambar hiasan, Freepik)

Keburukan air sejuk

1) Tidak sesuai dengan persekitaran sejuk

Perlukan banyak masa atau tempoh yang lama untuk hangatkan kembali tubuh jika berada di persekitaran yang sudah sejuk.

2) Menjejaskan sistem imunisasi badan

Suhu yang sejuk akan menambah bebanan ke atas sistem imunisasi tubuh ketika anda sedang sakit! Oleh itu, elakkan mandi air sejuk ketika sakit.

Air panas boleh meningkatkan kualiti tidur. (Gambar hiasan, Freepik)

Kebaikan dan keburukan air panas pula adalah:

Kebaikan

1) Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Membantu membaiki aliran darah bagi mereka yang mempunyai kegagalan jantung yang kronik.

2) Membaiki kesihatan otot dan sendi

Lenguh otot dan sakit sendi boleh dilegakan dengan mandian air panas.

3) Membaiki kualiti tidur

Air panas boleh membantu membaiki kualiti tidur kerana gabungan antara tubuh yang tenang semasa mandian dan penurunan suhu badan selepas mandi.

4) Memberikan kelegaan daripada simptom pernafasan dan selesema

Air panas boleh membuka laluan pernafasan, memudahkan kahak untuk keluar dan membersihkan saluran hidung anda.

5) Membaiki kesihatan otak

Hasil kajian mendapati, kumpulan yang mandi dalam air panas mempunyai tahap brain derived neurotrophic factor (BDNF) yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang mandi air sejuk.

BDNF adalah sejenis protein yang mempunyai banyak fungsi yang penting di dalam otak dan juga saraf tunjang.

Pemilihan mandian air panas atau sejuk bergantung kepada keselesaan masing-masing. (Gambar hiasan, Freepik)

Keburukan

1) Mengeringkan kulit dan menyebabkan berlakunya iritasi

Suhu yang lebih tinggi menjadikan kulit lebih mudah kering dan memburukkan keadaan seperti ekzema.

2) Kegatalan

Suhu yang panas boleh menyebabkan sel mast (yang mengandungi histamin) untuk melepaskan kandungan mereka pada kulit lalu menyebabkan gatal-gatal!

3) Meningkatkan tekanan darah

Anda boleh jadi tertekan ketika mandi air panas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain