suria

[V] Rasa macam kena langgar, tangan si ibu lebam selepas bersalin... Doktor jelaskan bahaya kes uri melekat pada rahim

Kesan lebam pada tangan seorang wanita yang baru melahirkan anak.

BARU-BARU ini tular di media sosial seorang wanita berkongsi video keadaan tangannya yang lebam selepas selamat melahirkan anak.

Berdasarkan info pada ruangan kapsyen, wanita berkenaan memaklumkan masalah berkenaan berpunca daripada uri yang melekat pada dinding rahimnya selepas bersalin.

"Sakit sangat, ni baru sebelah tangan. Satu badan rasa macam kena langgar," luah wanita berkenaan yang dipercayai menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

Melihatkan kepada keadaan dialami wanita itu, pegawai perubatan Hazwan Nazri atau lebih dikenali sebagai Dr1 Share berkata keadaan itu adalah berkaitan placental increta atau uri melekat kuat pada dinding rahim.

"Selepas persenyawaan antara sperma dan ovum di tiup falopio, janin akan melekat pada kawasan permukaan dinding rahim.

"Dinding rahim wanita mempunyai tiga lapisan iaitu dalam (endometrium), tengah atau otot (myometrium) dan paling luar (perimetrium). Selalunya uri bayi akan melekat pada kawasan endometrium dan selepas melahirkan anak, mudah untuk doktor menarik keluar uri tersebut... 15 minit sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Jika terjadi 5 masalah ini, kandungan anda mungkin dalam bahaya!

"Tapi kalau kes macam placental increta ni, maksudnya uri melekat lebih dalam dan bukan setakat endometrium tetapi masuk pada otot. Malah ada terjadi akar uri keluar dari perimetrium," jelas beliau.

Menurutnya, apabila uri bayi berakar dan mencengkam lebih dalam, sukar untuk pasukan perubatan mengeluarkan uri tersebut.

Disebabkan itu, katanya, pendarahan yang teruk selepas bersalin akan berlaku.

Rajah menunjukkan keadaan cengkaman akar uri yang berada melebihi endometrium.

Rajah menunjukkan keadaan cengkaman akar uri yang berada melebihi endometrium.

"Ia juga boleh menyebabkan kematian kerana si ibu kehilangan banyak darah. Jangan ambil mudah kes ini!

"Apabila uri mencengkam dalam, platelets darah ibu menurun disebabkan disseminated intravascular coagulation in pregnancy," jelasnya.

Pun begitu beliau berkata, placental increta boleh diketahui menerusi kaedah imbasan atau scan namun kadang kala ia tidak mempunyai simptom melainkan ibu hamil terbabit mengalami keadaan yang teruk.

"Unless teruk sangat, boleh ada simptom macam pendarahan, sakit perut... kadang-kadang sampai ada tekanan kepada pundi kencing dan usus.

"Ada tiga jenis uri yang melekat iaitu placenta accreta (paling kerap), placenta increta (jarang) dan placenta percreta ( paling teruk dan sangat jarang).

"Masalah yang berlaku itu bukan genetik tetapi lebih kepada si ibu pernah melakukan pembedahan melibatkan rahim seperti menggugurkan kandungan dekat klinik melalui prosedur D&G (dilate and curretage) atau uri kandungannya berada di bawah," ulas beliau.

Malah tambahnya, berdasarkan kajian yang pernah dibuat di sebuah hospital di Brisbane sekitar tahun 1996 sehingga 2005, terdapat 40 kes yang didiagnosis berkaitan uri melekat secara tidak normal pada dinding rahim dengan 58 peratus adalah placenta accreta diikuti 21 peratus placenta increta dan 21 peratus placenta percreta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain