suria

Elak anak terpengaruh, agresif... ibu bapa perlu waspada 8 kartun ganas ini

rainbow

KARTUN dan kanak-kanak umpama aur dengan tebing yang memang tidak dapat dipisahkan.

Selain berwarna warni dan rupa bentuknya yang comel, lagu temanya juga pasti akan menarik minat si kecil di samping isi kandungan yang mencuit hati.

Sehinggakan karakter kartun yang ditonton itu secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan emosi serta mental mereka.

Namun tidak dinafikan dengan kehadiran kartun juga, fikiran serta kelakuan kanak-kanak turut berkembang kerana mereka mudah mengadaptasi dan mempelajari setiap perkara baharu yang ditonton terutama sebutan dalam nyanyian.

Bagaimanapun, seiring perkembangan globalisasi dan teknologi, pelbagai jenis kartun dapat diakses menerusi jalur lebar khususnya menggunakan aplikas YouTube.

Ia sedikit sebanyak membahayakan apabila si kecil anda boleh memilih sendiri kartun yang ingin ditonton.

Ini kerana, sesetengahnya mengandungi unsur ganas dan agresif yang akan mempengaruhi karakter anak-anak.

Menerusi ruangan Famili kali ini, mStar berkongsikan beberapa jenis kartun yang didapati memaparkan adegan tidak menyenangkan selain karakter yang menyeramkan dan berunsur ganas seperti didedahkan seorang pelayar TikTok, Shima Azuan.

Para ibu bapa harus berwaspada dan halang si kecil ya!

siren head

1. Siren Head

Muncul pertama kali pada 2018 dan merupakan karya Trevor Henderson, artis karya seram dari Kanada.

Raksasa purba bernama Siren Head ini direka tanpa kepala yang digantikan dengan pembesar suara dan ia digunakan untuk mengesan mangsa melalui kuasa ghaib yang dimiliki.

Berketinggian 12 meter, karakter ini seolah-olah rangka manusia yang mempunyai tangan panjang.

Menerusi jalan cerita yang dipaparkan, Siren Head akan bersembunyi di sebalik pokok dan mengganggu orang yang sesat atau pejalan kaki.

Ia juga boleh mengeluarkan pelbagai jenis bunyi termasuk suara orang meminta tolong sebagai mengumpan mangsa.

2. Rainbow Friends

Pada masa ini terdapat empat watak raksasa dan satu watak kesetiaan yang tidak diketahui.

Biru, Hijau, Jingga dan Ungu ialah semua raksasa dalam permainan, manakala Merah yang memberi petunjuk sepanjang pengembaraan anda.

3. Among Us

Among us ialah permainan misteri pembunuhan yang boleh berlaku dalam kapal angkasa. Dalam kalangan pemain, satu hingga tiga akan dipilih secara rawak sebagai penipu, yang perlu bergabung dan membunuh rakan krew.

Ia juga menunjukkan aksi ganas seperti mangsa ditikam dengan pisau atau lidah tajam mahupun ditembak dengan pistol serta leher mangsa dipatahkan.

long horse

4. Long Horse

Juga merupakan karya Trevor Henderson. Long Horse menggambarkan makhluk seperti seekor kuda yang mengambil berat perihal manusia serta bertindak sebagai pelindung.

Matlamatnya adalah untuk memberi amaran kepada manusia tentang bahaya yang akan datang.

Ia dikatakan boleh memasuki mimpi manusia dan jika seseorang merenung leher Long Horse untuk seketika tanpa mengalihkan pandangan, ia akhirnya akan hancur menjadi debu yang berkemungkinan besar tidak akan menjejaskan Long Horse kerana sifat paranormalnya.

5. Huggy Wuggy

Meskipun dikatakan mainan versi mewah, namun wataknya adalah seorang pembunuh!

Kartun ini disifatkan sebagai mendorong kanak-kanak melakukan pembunuhan melalui lirik lagunya dan mempunyai penarafan umur 8+ (8 tahun ke atas).

Ibu bapa di Eropah juga sudah meluahkan rasa gerun dan takut dengan keterbukaan kartun ini kerana telah mempengaruhi perilaku anak-anak mereka.

6. Happy Tree Friends

Menampilkan haiwan hutan antropomorfik, setiap episod bermula dengan aman dengan haiwan menjalani kehidupan seperti biasa, tetapi kejadian secara tiba-tiba tanpa disengajakan (kadang-kadang sengaja) disebabkan oleh haiwan lain membawa kepada banyak watak yang mengalami keganasan grafik yang sangat melampau dan kejam.

Awas, banyak babak mengerikan yang ditayang!

cat

7. Cartoon Cat

Sebuah lagi karya seram daripada Trevor Henderson. Kartun ini diperkenalkan sebagai watak yang mempunyai kebolehan kuasa ghaib.

Walaupun digambarkan sebagai seekor kucing yang lucu, namun ia mempunyai niat jahat dan pendengki yang akan melakukan kekejaman.

8. Mommy Long Leg

Mommy Long Legs menghukum pemain melalui stesen permainan untuk membalas dendam terhadap sainstis yang menggunakan kanak-kanak.

Karakter yang diwujudkan itu akan memaksa pemain masuk ke dalam permainan supaya boleh menyelami bagaimana keadaan kanak-kanak yang mereka uji.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain