suria

Kemaluan isteri berdarah tanpa henti pukul 3 pagi, doktor terpaksa ‘soal siasat’ suami... Rupanya angkara cincin ‘anu’

Seorang wanita alami masalah pangkal rahim terkoyak akibat penggunaan cincin penis ketika hubungan kelamin.

SERING tewas awal di ranjang menyebabkan kaum lelaki mencari alternatif sampingan termasuklah penggunaan alat permainan seks seperti cincin penis atau zakar.

Meskipun banyak laporan menyatakan penggunaan alatan tersebut mengundang kemudaratan, namun masih ramai yang mengabaikannya demi mendapatkan kepuasan.

Ini kerana, tujuan utamanya adalah untuk membantu lelaki mengekalkan eraksi agar lebih kuat dan lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan salah anggap, ketahui 6 mitos dan fakta kanser darah!

Secara teorinya, cincin penis itu akan menekan lantas menyekat salur arteri pada zakar agar darah terkumpul bagi tujuan ereksi yang lebih baik.

Tapi awas ya! Berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), terdapat banyak kes berkaitan seperti cincin yang digunakan tersekat pada kemaluan dan memerlukan bantuan mereka untuk memotongnya.

Pun begitu, baru-baru ini seorang pakar ginekologi, Dr Muhammad Izzat mendedahkan bahawa alat permainan seks tersebut turut memudaratkan para isteri.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan terdapat kes mengejutkan yang perlu diberi rawatan segera melibatkan pasangan suami isteri berusia 20-an.

"Baru nak luruskan pinggang pada pukul 3 pagi dengan baring atas katil pesakit kerana caesarean non stop, tiba-tiba dapat panggilan daripada Jabatan Kecemasan yang menyatakan terdapat pesakit dengan pendarahan pervaginal (faraj).

Pesakit terpaksa dimasukkan ke dewan bedah bagi memudahkan pemeriksaan dan rawatan lanjut

Pesakit terpaksa dimasukkan ke dewan bedah bagi memudahkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Katanya, darah tidak berhenti-henti keluar tapi ujian kehamilan negatif dan pesakit baru habis haid.

"Rekod kesihatan juga normal serta tidak pernah ada masalah dengan haid. Pihak kecemasan juga menyatakan yang darah mengalir tak henti-henti dan ia adalah fresh bleeding," ujarnya.

Menurut Dr Izzat, dia kemudiannya bertanyakan tentang situasi sebelum pendarahan berlaku ketika bertemu dengan pesakit yang dikenali sebagai Mariam.

Difahamkan, pesakitnya ada menjalinkan hubungan intim bersama suami sebelum tidur.

"Dia cakap ada 'bersama' dengan suami tetapi sebelum ini okay cuma kali ini sakit sangat.

"Selepas bersama tu, darah banyak keluar sehingga kain batik penuh darah dan mempunyai darah beku," katanya yang kemudian cuba memasukkan alat speculum untuk membuat pemeriksaan.

Sejurus memasukkan alatan tersebut, darah semakin membuak keluar sehingga tidak kelihatan 'punca' pendarahan.

Mariam kemudiannya dimasukkan ke dewan bedah supaya pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan dengan lancar selepas dibius.

"Selepas pemeriksaan, rupanya terdapat koyakan pada bahagian belakang pangkal rahim (serviks). Jadi, luka tersebut dijahit," jelasnya yang turut pelik dengan kejadian tersebut.

Disebabkan ingin mengetahui punca berlakunya koyakan berkenaan, beliau mendapatkan kepastian daripada suami Mariam.

Menurut individu tersebut dia menggunakan cincin penis kerana dikatakan dapat bertahan lama.

Malah, alatan seks berkenaan baru pertama kali dicuba namun telah mengakibatkan isterinya mengalami pendarahan tidak henti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain