suria

Buntu fikir tentatif reunion keluarga? Cuba 10 idea ini, yang pasti nombor 10 wajib buat

Hari keluarga sememangnya waktu untuk mengeratkan silaturahim. Foto: Keluarga Kamariah

MUSIM cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.

Sudah menjadi kelaziman, waktu sedemikian bakal dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga seperti percutian ke lokasi menarik serta ada juga yang merancang untuk mengadakan hari keluarga bagi mengeratkan lagi silaturahim.

Bagi yang sering diamanahkan sebagai 'mastermind' untuk memikul tugas merancang dan melaksanakan hari keluarga, sudah pasti kadang-kadang buntu atau kering idea untuk mencipta tentatif acara.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan bermusuh sesama ahli keluarga, ikuti tip eratkan silaturahim

Tak usah pening kepala, cuba saja beberapa idea atau cadangan seperti berikut:

1) Malam Trivia

Cabar ahli keluarga untuk melihat siapa yang paling mengetahui segala-galanya dengan malam trivia. Pisahkan keluarga anda kepada beberapa pasukan, kemukakan soalan trivia contohnya mengenai salasilah keluarga, pengetahuan am dan sebagainya.

famili 2

Makan bersama-sama menjadi satu acara wajib sewaktu Hari Keluarga. Foto: Getty Images

2) Permainan

Susun beberapa jenis permainan termasuk permainan lama untuk mengimbas kembali nostalgia dari zaman kanak-kanak anda seperti dam, congkak, galah panjang, guli dan sebagainya. Boleh juga diselitkan dengan permainan semasa seperti catur, jutaria dan lain-lain.

3) Pertunjukan bakat

Setiap keluarga pasti mempunyai seorang atau dua 'bintang', jadi biarkan mereka mempamerkan bakat terpendam masing-masing. Contohnya nyanyian, silap mata, menari dan lain-lain.

4) Booth foto

Tidak perlu menyewa, sebaliknya gunakan kreativiti anda serta ahli keluarga yang lain. Contohnya, gantung kepingan gambar serta hiasi dengan props yang unik.

famili 3

Menonton filem beramai-ramai pasti begitu menyeronokkan. Foto: Getty Images

5) Cetak cenderamata

Selain membuat cetakan pada baju untuk dipakai seragam, anda boleh mencetak pada beg tote, lukisan dan sebagainya untuk dijadikan kenangan untuk semua ahli keluarga

6) Tonton filem

Sewa projektor agar filem boleh ditonton beramai-ramai. Bawa selimut, bantal dan makanan ringan untuk lebih 'feel'.

7) Tukar barangan peribadi

Setiap ahli keluarga digalakkan membawa satu barang peribadi masing-masing. Buat cabutan nama untuk pertukaran hadiah.

8) Malam anugerah

Cipta anugerah untuk 'mengiktiraf' ahli keluarga dengan sifat masing-masing, seperti kategori seperti ketawa paling kuat, dengkur paling kuat, paling aktif dan sporting, dan sebagainya

famili 4

Mengelilingi unggun api sambil berkongsi kisah lucu juga merupakan salah satu idea menarik. Foto: Getty Images

9) Kongsi kisah lucu

Berkumpul bersama ahli keluarga di luar sambil mengelilingi unggun api, serta kongsikan kisah lucu masing-masing tanpa rasa segan!

10) Video reunion

Tugaskan sesiapa dalam kalangan ahli keluarga untuk mengambil foto dan video sebanyak mungkin, termasuk temu ramah santai-santai setiap ahli. Hasilkan video khas sempena reunion selepas semuanya selesai. Ia adalah 'buah tangan' paling wajib setiap kali reunion.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain