suria

Kenali najis melalui warna dan apa petandanya... Jangan geli, kena ambil tahu!

Warna najis memberi petanda mengenai kesihatan tubuh badan. -Gambar hiasan

MEMASUKI alaf baharu, semakin ramai yang menyedari mengenai betapa pentingnya untuk memberi penekanan terhadap kesihatan.

Bagaimanapun kita sering mengambil ringan atau terlupa untuk memberi perhatian kepada isyarat yang dihantar oleh tubuh, salah satunya menerusi perubahan warna najis.

Pernahkah anda menganalisa warna najis sendiri? Ya, kedengaran agak jijik, namun hakikatnya, warna najis memberi signal tentang kesihatan tubuh badan.

Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk mengambil tahu mengenai perkara ini. Ayuh semak!

ARTIKEL BERKAITAN: Busuknya lain macam! Awas, najis berbau mungkin disebabkan masalah kesihatan tak disedari

1) Putih – Najis berwarna keputih-putihan atau kelabu boleh menunjukkan masalah hempedu. Ia berkait dengan masalah seperti di saluran hempedu, batu karang atau sirosis.

2) Hijau – Warna hijau mungkin disebabkan oleh sayur-sayuran yang kaya dengan klorofil (seperti bayam), pewarna makanan hijau dalam minuman atau makanan tambahan.

najis 1

Jika mengesan sesuatu yang aneh pada najis, segeralah bertemu dengan doktor. -Gambar hiasan

3) Kuning – Ini boleh menjadi tanda saluran hempedu yang disekat dan penyerapan lemak yang lemah. Sebab lain ialah kerana kekurangan enzim yang dihasilkan oleh pankreas, yang mungkin disebabkan oleh pankreatitis kronik, penyakit celiac atau fibrosis sistik. Tetapi jangan panik! Ia juga boleh menjadi tanda bahawa anda makan terlalu banyak lobak merah atau banyak minuman berwarna kuning.

4) Hitam – Ini mungkin kerana pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen) atau pendarahan dalam usus. Faktor paling lazim adalah disebabkan oleh makanan yang anda makan.

5) Merah – Biasanya dipengaruhi oleh diet anda. Bagaimanapun, jika makanan bukan punca kepada keadaan ini, anda perlu berjumpa dengan doktor. Kehadiran darah dalam najis juga petanda yang membimbangkan. Disarankan untuk bertemu dengan doktor. - Brightside

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain