suria

Bau badan bukan hanya disebabkan peluh, boleh jadi petanda 5 masalah kesihatan ini

Bau badan boleh disebabkan pelbagai punca lain.

BAU badan merupakan perkara normal yang berlaku pada setiap orang dan ia terjadi disebabkan pertumbuhan bakteria di bahagian tubuh ketika berpeluh. Keadaan ini juga dikenali sebagai bromhidrosis.

Bagiamanapun, bau badan berlebihan tanpa sebarang sebab meskipun seseorang tidak berpeluh dan menjaga kebersihan diri boleh menjadi petanda masalah kesihatan tanpa disedari.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil remeh! 6 keadaan kuku ini mungkin petunjuk anda ada masalah kesihatan

Ini kerana beberapa keadaan kesihatan tertentu dapat memicu peluh berlebihan bahkan membuat tubuh mengeluarkan aroma berbeza daripada kebiasaan.

Sekiranya perkara ini berlaku untuk satu tempoh, anda disarankan untuk segera melakukan pemeriksaan di hospital bagi memastikan tiada sebarang masalah serius sedang berlaku tanpa disedari.

Berikut adalah lima penyebab lain badan berbau;

Body Odor

Bau badan boleh disebabkan pelbagai faktor termasuk masalah kesihatan.

1. Tekanan

Ketika sedang berada dalam keadaan tertekan, seseorang akan menghasilkan peluh yang berlebihan. Tubuh manusia memiliki dua jenis kelenjar peluh iaitu ekrin dan apokrin.

Kelenjar ekrin mengeluarkan peluh yang digunakan untuk menyejukkan tubuh dan sebahagian besar daripadanya dalam bentuk cecair (air).

Sementara peluh apokrin, ia dilepaskan ketika seseorang berada dalam tekanan. Peluh jenis ini menjadi tempat perkembangan bakteria dan menimbulkan bau badan.

2. Penyakit diabetes, buah pinggang dan hati

Penyakit diabetes, buah pinggang dan hati juga dapat membuatkan tubuh mengeluarkan bau badan yang kurang enak disebabkan metabolisme tubuh. Contohnya, bagi pesakit kencing manis, penderitanya sukar memecahkan glukosa sehingga tubuh memberi reaksi dengan mengeluarkan bau kurang enak.

3. Kelainan genetik

Sebuah kajian menunjukkan satu pertiga individu dengan masalah bau badan yang tidak dapat dijelaskan mungkin memiliki kelainan genetik yang mengganggu metabolisme.

Keadaan ini dikenali sebagai trimetilaminuria atau 'sindrom berbau hamis'. Individu dengan keadaan ini mengalami masalah kekurangan enzim untuk untuk memecah trimetilamin dan hasilnya senyawa ini berkumpul dan mengeluarkan bau busuk.

Peluh

Peluh berlebihan boleh menyebabkan badan berbau.

4. Gangguan tiroid

Keadaan yang berkaitan dengan gangguan tiroid seperti penyakit Grave dapat menyebabkan seseorang peluh berlebihan. Peluh ini dapat menimbulkan bau yang tidak sedap.

5. Ubat ubatan

Peluh dan bau badan juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan. Beberapa ubat seperti analgesik, antidepression, SSRI, ubat hormon dan ubat jantung dapat membuatkan seseorang mengeluarkan bau badan berlebihan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain