suria

Jangan keliru antara tahi lalat dan kanser melanoma... ambil tahu perbezaannya

Tahi lalat baharu akan muncul apabila mencapai usia 40 tahun keatas yang berpotensi tinggi mengalami Kanser Melanoma.

MELANOMA adalah jenis kanser kulit yang berbahaya dan boleh meragut nyawa.

Kanser melanoma berkembang dalam sel-sel tubuh yang menghasilkan melanin, iaitu pigmen yang menghasilkan warna pada kulit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui perubahan yang berlaku pada kulit wajah ketika usia memasuki 30 tahun

Pun begitu, melanoma juga terjadi pada mata, hidung dan tekak.

Menurut Mayo Clinic, penyebab melanoma tidak dapat disimpulkan dengan jelas.

Bagaimananpun, pendedahan kepada cahaya ultraviolet dari matahari dan lampu dikatakan boleh meningkatkan risiko penyakit berbahaya itu.

Kebiasaannya, risiko itu boleh bertambah sekitar usia di bawah 40 tahun kerana pada usia ini seseorang itu produktif dan sering melakukan aktiviti luar.

Cara mencegah

Oleh kerana puncanya tidak jelas, anda boleh meminimumkan risiko dengan melindungi kulit sekerap yang mungkin daripada terdedah kepada sinaran matahari.

Memakai baju berlengan panjang atau menggunakan krim pelindung matahari adalah rutin yang perlu dilakukan setiap hari.

Salah satu tanda atau gejala dari melanoma ialah tompokan pada kulit, yang seringnya kita kenali dan dianggap sebagai tahi lalat.

Tompok tahi lalat gejala melanoma boleh didapati di kawasan tubuh yang biasa terdedah dengan sinaran matahari seperti kaki, lengan, leher, dan muka.

Simptom itu turut berlaku bagi mereka yang memiliki kulit gelap khususnya di kawasan tapak kaki yang tidak terdedah dengan sinaran matahari.

Tahi lalat tanda kanser melanoma

Sudah tentu tahi lalat yang ada pada badan kita tidak semuanya adalah punca kanser melanoma.

Tahi lalat yang normal biasanya memiliki warna yang seragam, dari coklat gelap hingga coklat kehitaman.

Tahi lalat normal biasanya berbentuk bulat atau bujur dengan saiz kurang daripada enam milimeter.

Sesetengah individu memiliki tahi lalat normal sejak di usia bayi lagi, manakala tahi lalat baru akan tumbuh di usia 40 tahun.

Berikut merupakan empat ciri-ciri tahi lalat melanoma, termasuk;

1. Tidak simetri

Tahi lalat tidak bulat atau berbentuk bujur, tetapi tidak simetri yang sangat berbeza dari tahi lalat biasa.

2. Garis tepi

Tahi lalat melanoma biasanya mempunyai garis tepi yang jelas, memisahkan tahi lalat dari kawasan kulit biasa.

3. Warna dan bentuk

Tahi lalat melanoma akan berubah warna dan bentuk dari semasa ke semasa, biasanya melebar dengan warna yang bertukar menjadi lebih terang atau gelap.

Diameter tahi lalat biasanya melebihi ukuran enam milimeter lebar.

mole 1

4. Gatal

Tahi lalat melanoma juga biasanya menyebabkan kegatalan dan kadangkala menjadi berkedut dan berdarah.

Jika anda menemui tahi lalat yang tergolong dalam kategori ciri melanoma di atas, segeralah berbuat temu janji untuk berunding dengan pakar yang berkaitan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

tahi lalat, viral, kanser, penyakit

Artikel Lain