suria

Berita baik... berat badan hilang semudah makan epal, daya ingatan pun makin kuat!

Banyak kebaikan terdapat dalam epal termasuk dalam membantu sistem pencernaan manusia.

WALAUPUN buah epal bukan buah-buahan tempatan tetapi ia tidak asing lagi dalam negara kita.

Terdapat banyak manfaat buah epal antaranya membantu dalam proses pencernaan dan penghidap diabetes.

ARTIKEL BERKAITAN: Mitos atau fakta... Saiz kantong perut ikut berat badan? Pakar bariatrik jelaskan perkara sebenar

Tekstur buah yang rapuh menjadikan epal snek yang sedap dan berkhasiat.

Buah epal atau nama saintifiknya Malus Domestica merupakan sejenis buah berkulit hijau atau merah yang boleh ditemui di Malaysia.

Jangan kupas kulit ketika memakannya bagi mendapatkan khasiat buah epal yang maksima.

Tetapi jangan lupa untuk cuci terlebih dahulu sebelum makan untuk buang kekotoran pada bahagian luar buah.

Apa manfaat lain yang boleh kita peroleh bila makan epal?

Green apple and Weight scale,measure tap with fresh vegetable, clean water and sport equipment for women diet slimming.  Diet and Healthy Concept

1. Bantu menurunkan berat badan

Kandungan serat dan air yang banyak dalam epal membuatkan kita mudah rasa kenyang.

Pemerhatian telah dibuat dan mendapati bahawa mendahulukan makan hirisan epal dapat memberikan rasa lebih kenyang berbanding mereka yang tidak memakan epal.

Kandungan kalori tambahan bagi individu yang memakan sebiji epal 154g setiap hari adalah 80 kalori lebih berbanding yang tidak mengambilnya.

Epal yang berwarna hijau lebih sesuai untuk diet dan turunkan berat badan kerana tinggi serat tetapi kalori lebih rendah.

Dengan pengambilan yang betul, epal dapat membantu dalam sistem pencernaan yang baik kepada individu tersebut.

epal jantung

2. Bagus untuk jantung

Faedah buah epal untuk kesihatan termasuklah penurunan risiko sakit jantung.

Ini berkait rapat dengan kandungan serat larut yang membantu dalam menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Polifenol dalam epal juga dapat bertindak balas sebagai antioksidan membolehkan ia menurunkan tekanan darah yang baik kepada tubuh badan kita.

epal hijau merah

3. Kurangkan risiko diabetes

Risiko kepada penghidap diabetes dapat dikurangkan apabila memakan buah epal.

Hasil kajian yang dibuat telah buktikan dengan makan sebiji epal setiap hari boleh menurunkan risiko diabetes sehingga 28 peratus.

Bahkan, jika memakan beberapa biji epal setiap minggu juga mampu memberikan kesan yang sama.

Kemungkinan polifenol dalam epal dapat membantu mencegah kerosakan sel beta pada organ pankreas.

epal alzhimer

4. Kuatkan daya ingatan

MedicineNet menyatakan bahawa salah satu manfaat epal termasuklah menguatkan daya ingatan dan mencegah Alzheimer.

Kandungan flavonoid dalam epal membantu melindungi sel-sel dalam tubuh termasuklah sel dalam otak kita.

Tahap antioksidan yan tinggi dalam epal dapat mengimbangi kehilangan memori disebabkan oleh beberapa jenis kerosakan sel.

Sebuah pemerhatian kecil membuktikan bahawa jus epal dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan juga kepada pesakit Alzheimer pada tahap sederhana sehingga kritikal.

epal kanser

5. Ccegah kanser

Meskipun punca sebenar penyakit kanser masih belum dijumpai tetapi beberapa kajian menemukan bahawa epal dapat membantu mencegah penyakit kanser.

Kajian kawalan kes yang dilakukan dari Jagiellonian Universiti Medical College di Poland mendapati bahawa risiko kanser kolorektal dikurangkan dengan pengambilan epal setiap hari.

Kesan antioksidan dan anti-inflamasi mungkin bertanggungjawab atas potensi kesan pencegahan kanser tersebut.

epal imune

6. Kuatkan sistem imunisasi tubuh

Seperti yang kita ketahui buah-buahan sayuran memiliki vitamin C semula jadi yang baik untuk tubuh badan kita.

Nutrien tersebut berperanan sebagai antioksidan menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan berfungsi meningkatkan daya tahan badan (imunisasi) daripada penyakit berjangkit seperti wabak Covid-19 ini.

Serat larut yang terdapat dalam epal membantu melawan kuman yang menyerang sistem ketahanan tubuh kita dan membantu kita pulih dengan lebih cepat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or