suria

Pandemik jejaskan penglihatan kanak-kanak, bagaimana?

Kajian menunjukkan Covid-19 memberi pengaruh kepada kesihatan dan penglihatan kanak-kanak.

HAMPIR semua orang terkesan dengan pandemik Covid-19 terutama dari segi aspek kehidupan.

Antara yang ketara apabila tahap kesihatan dan penglihatan terutama melibatkan kanak-kanak terjejas akibat pandemik ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ciri ‘Take a Break’ bakal diperkenalkan, mahu galakkan pengguna berehat guna Instagram

Statistik ujian penglihatan daripada hampir 2,000 kanak-kanak sekolah di Hong Kong menyatakan tahap rabun jauh meningkat sepanjang pandemik melebihi dua kali ganda telah dilaporkan dalam Jurnal Oftalmologi Inggeris.

Kesan daripada terdedah kepada peralatan elektronik pada satu kadar masa yang berlebihan adalah berbeza mengikut usia.

shutterstock_467892755-1080x675

Peningkatan dalam industri cermin mata

Pada Januari 2021, industri cermin mata mendapat permintaan yang tinggi terutama sekali cermin mata Anti Blue Light terutama sekali bagi bagi kanak-kanak yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di rumah.

Walaupun tiada bukti sahih yang mengatakan cermin mata tersebut boleh membantu mengurangkan atau melindungi daripada kesan cahaya biru (blue light).

Zenni, pengusaha optik menyatakan bahawa jualan di kedainya mengalami peningkatan sehingga 60 peratus setiap tahun selama dua tahun terakhir ini iaitu hampir dua juta pasang cermin mata terjual pada 2020 sahaja.

ilustrasi-anak-berkacamata_169

Adakah cermin mata anti blue light berkesan?

American Academy of Ophthalmology menyatakan cahaya biru daripada peralatan elektronik tidak akan menyebabkan sakit mata mahupun kepenatan kepada mata.

Masalah ini mula timbul apabila mereka menggunakan alatan digital ini secara berlebihan daripada had masanya.

Rabun jauh memang kelihatan tidak terlalu berbahaya tetapi keadaan ini boleh meningkatkan risiko kesan yang lain terhadap mata menyebabkan hilang penglihatan atau buta.

Education-Tablets

Perkara yang lebih membimbangkan lagi selain kesan terhadap tahap penglihatan kanak-kanak adalah perubahan sikap mereka termasuk gaya hidup, tabiat makan, waktu atau corak tidur dan juga kesihatan emosi mereka.

Kurangkan pendedahan dengan peralatan elektronik kerana boleh menyumbang kepada pemanjangan mata dan mengalakkan miopia atau nama lainnya rabun jauh.

Selain miopia, risiko juling juga merupakan implikasi lain jika menggunakan peralatan elektronik dengan jarak dekat pada tempoh yang lama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kanak-kanak, rabun jauh, PdPR, miopia

Artikel Lain