suria

Tahap IQ bayi yang lahir ketika pandemik lebih rendah - Kajian

Bayi yang dilahirkan ketika pandemik lebih cenderung memiliki IQ yang rendah menurut kajian.

SEBUAH kajian terbaharu mendapati bahawa bayi yang lahir ketika pandemik Covid-19 berpotensi memilik tahap kecerdasan otak atau IQ yang lebih rendah.

New York Post melaporkan penyelidik memberitahu bahawa penurunan IQ itu disebabkan kurangnya interaksi bayi dengan dunia luar kerana batasan pergerakan yang memberi kesan kepada perkembangan kognitif mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencabar jaga bayi baru lahir ketika pandemik, tapi 3 tip ini mampu selamatkan si comel daripada terkena virus

Rata-rata IQ bayi berusia tiga bulan hingga tiga tahun juga menurun daripada 100 sebelum pandemik kepada 79 ketika pandemik. Angka itu didapati hasil daripada analisa kognitif terhadap 672 kanak-kanak yang dilahirkan di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Secara terperincinya, terdapat 188 bayi yang lahir ketika pandemik dikaji dan mereka dibandingkan dengan 308 bayi yang lahir sebelum Januari 2019 dengan 176 daripadanya lahir di antara Januari dan Mac 2020.

Bayi

Bayi yang dilahirkan ketika pandemik kurang berinteraksi dengan dunia luar.

Penyelidik kajian itu, Profesor Dr Sean Deoni yang juga pakar pediatrik di Universiti Brown memberitahu kanak-kanak yang mengalami gangguan kognitif disebabkan menghabiskan terlalu banyak masa di dalam rumah.

Ini juga termasuk kekurangan berinteraksi dengan dunia luar yang lebih luas selain ada antara kanak-kanak yang mengalami masalah mental seperti kemurungan.

"Ibu bapa tertekan dengan situasi semasa namun tanpa disedari ia juga boleh berlaku kepada kanak-kanak dan kesannya malah lebih teruk," katanya.

Tambahnya, kanak-kanak yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan dan mengalami masalah kewangan kesan daripada pandemik lebih mudah terkesan dengan perkara ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain